FUTSAL TOURNAMENT BKPPPM ERATKAN TAUTAN UKHUWAH SESAMA AHLI..!!



KAHERAH-4 FEBRUARI 2015, Julung kalinya Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan “Futsal Tournament” di bawah seliaan Unit Kebudayaan ,Kesenian Dan Sukan (UKKS) Sesi 2014/15 yang bertempat di padang futsal Liverpool . 



Sebanyak 6 pasukan telah menyertai bagi merebut kejuaraan yang dipertandingkan , antaranya ialah Tok Miah Fc, Sayoq FC, Batch 11 FC, Selamber FC & pasukan jemputan iaitu Badan Pengurus FC. Perlawanan telah diadakan di padang Futsal Liverpool bermula jam 7 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Pembukaan perasmian telah dijayakan dengan ucapan aluan Yang DiPertua BKPPPM sesi 2014/15 Ustaz Mohd Jasry Raimy B. Johari kemudian diteruskan pula dengan ucapan daripada Ustaz Muhammad Mukhzin b. Amran, Badan Pengurus Angkat Pmram Cawangan Pulau Pinang merangkap Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan (BKKS) PMRAM sesi 2014. Diantara ucapan beliau yang menarik ialah beliau berasa teruja dengan kehadiran ahli dari Pmram Cawangan Pulau Pinang yang begitu ramai pada malam itu, semoga dengan kehadiran yang memberangsangkan itu dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli.




Perlawanan pembukaan dimulakan dengan Pasukan dari AJKT BKPPPM menentang Badan Pengurus (BP) FC. Semua perlawanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kemalangan atau kecederaan berat yang berlaku. Pasukan yang ke layak berjaya ke perlawanan akhir ialah pasukan Tok Miah FC dan Sayoq FC, pasukan yang menjuarai pertandingan futsal pada malam ini ialah pasukan Tok Miah FC dengan keputusan 2-1 . 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Badan Pengurus (BP) angkat Pmram Cawangan Pulau Pinang iaitu Ustaz Muhamad Amri b. Ouma (Bendahari Kehormat PMRAM 2014). Bagi melabuhkan tirai pertandingan futsal pada malam itu sesi penggambaran beramai-ramai dijalankan. Semoga dengan pertandingan yang dianjurkan dapat eratkan jalinan ukhuwah sesama ahli


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
#FIST_2015
#SATU_FIKRAH_SATU_AMAL

Disediakan oleh : Pengarah Futsal Tournament BKPPPM 2015

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL