Posts

Showing posts from August, 2018

LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB AKHAWAT 2018

Image
        17 OGOS 2018 -   Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 9 hingga 12 Julai 2018.   Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat   BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu . Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 37 orang beserta enam orang musyrif dan sepasang mutazawwijin dari Selangor.    Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti   sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Kami menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel. Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, kami meneruskan perjalanan ke Mata Air Nabi Musa A.S dan t