LAPORAN JAULAH SINAI DAN DAHAB AKHAWAT 2018






        17 OGOS 2018 -  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 9 hingga 12 Julai 2018.  Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat  BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah seramai 37 orang beserta enam orang musyrif dan sepasang mutazawwijin dari Selangor.

   Alhamdulillah, pada jam 1.00 pagi, bas memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Kami memulakan perjalanan dengan membaca doa semoga dipermudahkan dan selamat dalam perjalanan pergi. Perjalanan berhenti  sebentar  di Nokhtah Hasanah bagi menunaikan solat subuh, setelah selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan ke Kubu Barlief(kubu peninggalan Israel). Kami menelusuri terowong Ahmad Hamdi sebelum tiba di Kubu Israel.
Setelah selesai lawatan di Kubu Barlief, kami meneruskan perjalanan ke Mata Air Nabi Musa A.S dan terus ke St Catherine. Kami melawati Kesan lembu Samiri dan Maqam Nabi Harun A.S di St Catherine. Setiap tempat yang dilawati akan diadakan sedikit penerangan daripada musyrif sebagai input tambahan dan thaqafah bagi para peserta dalam mengambil ibrah dan pengajaran atas peninggalan sejarah tamadun terdahulu .
                                                                          
Hari kedua diteruskan dengan pendakian Jabal Musa A.S, aktiviti mendaki bermula jam 12:00 malam dengan diberikan taklimat sebelum aktiviti mendaki dimulakan. Setelah selesai, peserta memulakan pendakian dengan begitu semangat sehingga ke puncak yang mengambil masa selama 3 jam.  Sejurus  sampai di puncak, kami pun menunaikan solat subuh secara berjemaah di sebuah masjid diatas puncak dan kami menikmati keindahan pagi dengan melihat sinar matahari terbit yang begitu cantik sambil bergambar kenang-kenangan. Setelah daripada itu, kami beransur turun dari Jabal Nabi Musa A.S pulang ke tempat penginapan.

Ketika turun dari puncak bukit tersebut kami melalui kawasan perkampung Nabi Ilyas A.S yang terletak dibelakang Jabal Nabi Musa A.S. Perjalanan turun dari bukit mengambil masa yang singkat disebabkan menggunakan jalan pintas. Kami turun dari bukit dan terus ke tempat penginapan untuk mengemas barang ke destinasi seterusnya iaitu Dahab. Jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan ke Dahab.
         
Kami tiba di Dahab jam 1 petang dan terus ke tempat penginapan untuk check in. Para peserta diberi keizinan untuk melakukan aktiviti bebas, ada sebahagian daripada perseta menaiki ATV Quard Bike dan ada juga yang membeli cenderamata di kedai-kedai yang berhampiran.  

                                                                                              
Pada hari ketiga, seusai menunaikan solat Subuh, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti snorkling di Blue Hole sebelum pulang ke Kaherah. Kami melihat keindahan laut dengan pelbagai jenis kehidupan di dasar laut menyebabkan ramai dikalangan peserta begitu teruja dengan warna warni kehidupan di dasar laut.

Setelah itu, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kaherah. Kami selamat tiba di perkarangan Mahkamah Hayyu Sabik sekitar jam 9.00 malam. Semoga pengalaman yang kami dapati ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kami. Untuk para peserta yang menyertai jaulah ini, diharap segala sirah dan pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan pedoman bagi menghadapi hari yang mendatang.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH"

Sekian, wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL