Posts

Showing posts from April, 2011

Makluman Pertukaran Nombor Telefon Yang Dipertua

Image
Makluman no. Yang Dipertua BKPPPM telah ditukar daripada 010-5041230 kepada 014-4647373 berkuat kuasa 26 April 2011. Sebarang masalah mahupun makluman, sila rujuk nombor telefon yang baru. Harap maklum.

Demi Masa

Image
“ Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran .” Dalam membentuk peribadi yang mulia, Islam telah menggariskan beberapa perkara sebagai panduan kepada kita. Keimanan, keyakinan yang kuat kepada Allah merupakan perkara pokok yang mesti ada dalam jiwa kita selaku Umat Islam. Ia dapat direalisasikan dengan kita berpegang sungguh-sungguh kepada ajaran Islam, mengerjakan apa yang diperintah olah Allah dan Rasul Nya, dalam masa yang sama meninggalkan apa yang dilarang oleh Nya. Allah telah memerintahkan kepada kita agar kita menjaga diri kita serta keluarga kita dari api neraka, sebagaimana firman Nya: “ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka ..”. Tidak ada cara lain untuk kita menyelamatkan diri kita dari api neraka kecuali kita meninggalkan segala larangan Allah dan rasu

Tazkirah Harian Disambung Kembali

Image
Tazkirah harian anjuran biro dan unit dakwah BKPPPM yang sebelum ini ditawaquf sementara diteruskan dan dirancakkan semula dengan diubah masanya daripada subuh kepada waktu Maghrib. tazkirah harian kali ini menggunakan manhaj hadis 40 karangan imam nawawi dan pentazkirahnya digabungkan antara pelajar baru dan lama supaya natijah yang terhasil dapat memberi impak yang berkesan kepada semua.

PENGAJARAN DARI PEPERANGAN “ZATUR RIQA’”

Image
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah berlaku satu peperangan yang dinamakan “Zatur Riqa’”. Peperangan tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar. Punca peperangan tersebut disebabkan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh sebahagian besar Kabilah Arab Najdi terhadap orang islam. Kebanyakkan kabilah Arab merasa cemburu dengan kemajuan agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w khususnya selepas hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. Puak Arab yang hidup beribu tahun dengan budaya dan adab resam serta kepercayaan yang mereka warisi turun temurun tergugat dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Agama islam yang dibawg ra oleh Nabi s.a.w. mendapat perhatian oleh Arab. Sokongan yang kian meninggkat dari orang ramai terhadat agama tauhid, menyebabkan agama islam semakin berkembang. Bila berlakunya perang, pihak islam sentiasa mencapai kemenagnan. Faktor ini menyebabkan orang miskin berminat menerima islam. Lebih-lebih lagi ajaran islam sangat menarik perhatian terutamanya mereka yang

Ujian Dalam Kehidupan

Image
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. al-Baqarah: 155-157) Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya

BKAN Melaka Terus Dipertahan

Image
Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat. Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian. Firman Allah swt. dalam surah Ali-Imran ayat 167 yang bermaksud: Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik kepada mereka dikatakan: “marilah berperang dijalan Allah atau pertahankanlah dirimu”. Mereka berkata: “sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu”. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. Berkata Mujahid daripada Jabir Bin

Pembukaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78

Image
Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini membuka secara rasminya pintu usul Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78 bermula pada 25 April 2011 sehingga 30 April 2011. Setiap usul yang ingin dicadangkan kepada pihak PMRAM, boleh dihantar sama ada melalui emel rasmi PMRAM; pmram@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau pmram1930@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau suagung@pmram.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau boleh terus menghantar usul tersebut ke pejabat PMRAM. Pihak PMRAM amat mengalu-alukan bagi mereka yang ingin menghantar usul kepada pihak pentadbiran PMRAM untuk dibawa ke persidangan muktamar yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei 2011.

SPR PMRAM : 2 Calon AJKT HEWI Tarik Diri

Image
Suruhanjaya Pilihanraya, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (SPR PMRAM) 2010 dengan ini mengumumkan bahawasanya, tiada pilihanraya AJKT HEWI akan berlaku berikutan penarikan diri dua orang calon di peringkat calon AJKT HEWI. Dua surat penarikan diri calon telah diterima oleh SPR PMRAM pada tarikh dan waktu berbeza. Dua calon yang mengemukakan surat penarikan diri sebagai calon AJKT HEWI kepada SPR PMRAM ialah: 1) Ustazah Naufal binti Kamaruddin (No PMRAM 19470) calon daripada Negeri Terengganu DAN, 2) Ustazah Siti Maisarah binti Yusuf (No PMRAM 14934) calon daripada Negeri Johor. Dengan ini, setelah diteliti dan disemak oleh pihak SPR PMRAM, maka SPR PMRAM memutuskan bahawa TIADA PILIHANRAYA PADA TAHUN INI dan mengesahkan bahawa calon-calon bagi barisan kepimpinan PMRAM bagi tahun 2011 yang telah dicalonkan sebelum ini kesemuanya menang tanpa bertanding. Segala keputusan SPR adalah muktamad. Yang Benar, PENGARAH Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2010

Bantuan Jamiyah Syariah Kaherah 3 dan 4 Mei Ini

Image
KAHERAH, 20 April - Pemberian bantuan kewangan Jamiyah Syariah bagi peringkat Kaherah akan dibuat pada 3 dan 4 Mei. Ini seperti dimaklumkan kepada pihak PMRAM selepas pertemuan bulanan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM bersama pihak Jamiyah Syariah. Pengambilan boleh dibuat di Masjid Syarbini Haiyu Asyir bermula jam 10 pagi. Penerima bantuan dikehendaki membawa bersama pasport dan kad pengenalan diri kuliah (kerneh) untuk proses pengambilan. Untuk semakan nama dan no bantuan bolehlah merujuk senarai penerima bagi pengambilan Zulkaedah yang telah dilampirkan sebelum ini . Seramai 189 orang penerima bakal menerima bantuan bagi bulan ini dan baki pemohon sedang dipertimbangkan untuk diluluskan oleh pihak Jamiyah. Saudara Mohd Farkhan B Md Zain yang ditemui selepas pertemuan menegaskan kepada seluruh penerima bantuan untuk mengambil bantuan mengikut waktu dan tarikh yang ditetapkan. Beliau berkata demikian selepas mendapat makluman terbaru mengenai pem

Daurah Kitab Terjemahan Dan Ulasan Matan Baiquniyyah Berjaya Dikhatam

Image
KAHERAH , 19 April - Daurah Kitab Terjemahan dan Ulasan Matan Baiquniyyah yang diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hanif bin Haron berjaya dikhatamkan di Dewan Soleh Al-Masri oleh penterjemahnya sendiri bermula jam 7.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Daurah tersebut yang terbuka pada semua ahli BKPPPM dan pelajar yang belajar di Mesir amnya mendapat sambutan yang luar biasa sehingga dewan tersebut tidak muat untuk menampung kehadiran mahasiswa yang hadir. Pihak BKPPPM mengucapkan syabas dan penghargaan kepada biro dan unit Pendidikan yang bertungkus lumus untuk menganjurkan daurah tersebut. Penghargaan juga tidak dilupakan juga semua yang terlibat dalam menjayakan daurah tersebut.

PMRAM Membidas Tuduhan Mahasiswa Mesir Lemah Bahasa Arab

Image
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) membidas tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak mengenai mahasiswa/wi Malaysia yang menuntut pengajian di Mesir khususnya di Universiti Al-Azhar lemah dalam berbahasa Arab. Baru-baru ini juga kenyataan tersebut dimainkan di peringkat Malaysia apabila Datuk Khalid Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul) akan diadakan di Malaysia bagi mana-mana individu yang mahu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Tuduhan tersebut telah menimbulkan kontroversi ramai pihak kerana ia melibatkan imej dan kredibiliti Universiti Al-Azhar yang bertaraf dunia dan merupakan pusat ilmu bagi Umat Islam. Hal ini demikian kerana universiti yang telah melahirkan ribuan ulama terkini seolah-olah gagal dalam menyampaikan ilmu Islam yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Arab. Tambahan pula, tuduhan tersebut menyatakan bahawa mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Mesir 'mala

Kes Samun Dan Kecurian Makin Meningkat, Pertingkatkan Keselamatan

Image
KAHERAH 14 April - Presiden PMRAM 2010 Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menggesa kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi yang berada di Perlembahan Nil ini agar mengikut pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh PMRAM. Katanya PMRAM sentiasa memantau keselamatan terhadap mahasiswa-mahasiswi agar mereka dapat meneruskan pengajian di Mesir dengan aman dan selesa. Tambahnya lagi, hari ini terdapat 2 kes yang melibatkan keselamatan nyawa dan harta benda mahasiswa-mahasiswi Malaysia. Pertama kes samun yang berlaku di kawasan penempatan mahasiswa-mahasiswi Malaysia Haiyu Asyir. Katanya lagi, ini merupakan kes samun yang ke 3 berlaku selepas kejadian yang sama juga menimpa seorang mahasiswa Selangor dan seorang lagi daripada Melaka. Menurutnya, kes ke 2 yang berlaku pada hari ini adalah kecurian motosikal milik salah seorang AJKT Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) Saudara Amir bin Bukhari. Menurut mangsa, beliau menyedari kehilangan motosikalnya apabi

Muktamar Sanawi PMRAM Mei Ini

Image
MANSURAH, 13 April - Sepertimana kebiasaan, Muktamar akan dijalankan pada bulan Mac setiap tahun. Namun, pada sesi ini Muktamar Sanawi ditangguhkan atas faktor kepulangan ahli-ahli PMRAM ke tanah air baru-baru ini. Menurut Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Bin Saiman. Berkemungkinan jika diizinkan, Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 ini akan dijalankan pada bulan Mei. Kata beliau didalam sesi Ramah Mesra di Mansurah baru-baru ini. Menurutnya lagi, sepertimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh PMRAM, panggilan ke Muktamar tidak boleh tidak mesti dibuat dalam tempoh 4 bulan selepas tarikh tutup akaun pada akhir Disember yang lalu. Sambungnya lagi, Pihak PMRAM telahpun merujuk pihak Kementerian Kemasyaraktan (Syu’un Ijtimia’i) di atas kelewatan ini dan pihak Syu’un mengizinkan setelah berlaku perbincangan antara dua pihak. Panggilan mengenai tarikh dan tempat secara rasmi akan dimaklumkan kemudian. Ahli PMRAM dinasihatkan agar selalu mengikuti perkemba

Mendekati Ahli Melalui Jaulah Ajkt

Image
Jaulah Ajkt ke muhafazah yang bermula 16 April hingga 17 April 2011 mengeratkan lagi hubungan kepimpinan BKPPPM dengan ahli yang berada di muhafazah. Jaulah Exco kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang lepas dengan exco dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama ditugaskan untuk melawat di Mansurah dan Zaqazik serta Kumpulan kedua melawat tanta dan Isakandariah dan ianya melibatkan seluruh ahli pengajian Islam dan Perubatan. Jaulah tersebut yang berkonsepkan santai dan ukhuwwah mendapat lebih perhatian daripada ahli serta menerbitkan input-input positif serta lebih mendekati ahli. Konsep ini juga bertujuan mengurangkan jurang antara ahli dan kepimpinan.

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 2011 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Image
KAHERAH , 19 April - Kursus Adobe anjuran Unit Penerangan dan Penerbitan di bawah Jabatan Yang Dipertua selama dua hari bermula 18-19 April 2011, hari Isnin dan selasa berjaya ditamatkan dengan jayanya dengan kehadiran yang memberangsangkan hasil gabungan pelajar baharu dan lama. Program tersebut yang diamanahkan pengurusannya kepada saudara Muhammad khalil bin Abdullah dan saudari Zunaida bin Amir berjaya membina satu momentum baru kepada ahli unutk terus meneroka dengan mendalam dalam bidang seni komputer khususnya program Adobe Photoshop tersendiri. Pihak Kepimpinan BKPPPM mengharapkan momentum yang dicetuskan dari ahli hasil program Kursus Adobe ini memberi impak positif kepada unit-unit dalam biro dan jabatan dalam kepimpinan BKPPPM pada sesi ini dalam menggerakkan gerak kerja yang memerlukan kemahiran seni komputer.

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SELAMAT PULANG KE MESIR

Image
Majlis Kesyukuran Sempena Ops Piramid pada 21 April 2011, Khamis bertempat di dewan Soleh Al-Masri. Semua ahli dijemput memeriahkan kenduri.

Daurah Kitab Terjemahan Matan Baiquniah

Image
Daurah Kitab Terjemahan Matan Baiquniah bersama pengarang kitab tersebut Al-Fadhil Mohamad Hanif bin Haron pada 19 April 2011, Selasa jam 7 malam bertempat di dewan soleh Al-Masri asrama Pulau Pinang..Semua dijemput hadir..

Matan Abi Syuja` Berjaya Dikhatam

Image
KAHERAH, 13 April - Daurah kitab Matan Abi Syuja` oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Zakaria berjaya dikhatamkan selepas tiga kali pertemuan di dewan Soleh Al-Masri bermula 11 April 2011 ,Isnin dan berakhir 12 April , Selasa (malam) . Pengajian tersebut yang mendapat sambutan luar biasa dari ahli BKPPPM sekitar Kaherah disebabkan kitab yang didaurahkan merangkumi masalah-masalah fekah umum dan semua tajuk dibincangkan. Pihak BKPPPM mengharapkan sambutan yang hangat terhadap majlis ilmiah dan tafaqquh ini kekal dan menjadi satu batu lonjatan dalam mendalami ilmu-ilmu yang lain.

Peringatan Bersama Untuk Langkah Keselamatan

Image
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta semua mahasiswa/wi Islam yang berada di Mesir mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih serius terhadap perkara-perkara berikut : KESELAMATAN 1- Tidak menyertai sebarang demontrasi. 2- Tidak menyerahkan butiran peribadi kepada NGO-NGO Arab yang meminta keahlian. Rujuk kepada YDP masing-masing. 3- Tidak mendekati kawasan-kawasan yang terdapat demontrasi seperti Medan Tahrir. 4- Patuhi Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM. KECURIAN 1- Pastikan rumah dalam keadaan yang selamat dan kunci sebelum keluar. 2- Tidak digalakkan jalan berseorangan terutama bagi mahasiswi. 3- Tidak bermudah-mudah untuk menyapa persoalan daripada warganegara asing terutama yang menyamar sebagai 'mabahis'. 4- Berjaga-jaga ketika membuat kunci pendua. Pastikan hanya set kunci yang diminta sahaja yang dibuat.

Daurah Matan Abi Syujja`

Image
Daurah tafaqquh fiddin kitab Matan Abi Syujja` akan diadakan pada 11 April 2011 (Isnin) jam 7 malam dan 12 April 2011 jam 7 pagi di rumah Pulau Pinang. kitab tersebut akan didaurahkan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Faisal bin Zakaria

Rombongan Ketiga Pulau Pinang Selamat Tiba Di Republik Arab Mesir

Image
KAHERAH , 8 April - Penerbangan ketiga pelajar PMRAM cawangan Pulau Pinang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tepat jam 2.00 Petang. Rombongan yang membawa seramai 45 orang tersebut menaiki penerbangan Kuwait Airlines disambut oleh Setiausaha Agong BKPPPM Saudara Mohd Zahid bin Ismail serta ketua seketeriat Saudara Muhammad Nurudin bin Amirudin serta beberapa Ajkt yan lain. Semua pelajar dibawa ke rumah Pulau Pinang menaiki bas yang disediakan oleh pihak BKPPPM dan sempat menjamah makanan yang disedikan oleh pihak seketeriat walaupun dalam keletihan. Turut menyambut rombongan kedua tersebut wakil PMRAM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, saudara Huzaifah serta beberapa Ajk Hewi yang lain.

Peringatan Bersama Untuk Langkah Keselamatan

Image
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta semua mahasiswa/wi Islam yang berada di Mesir mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih serius terhadap perkara-perkara berikut : KESELAMATAN 1- Tidak menyertai sebarang demontrasi. 2- Tidak menyerahkan butiran peribadi kepada NGO-NGO Arab yang meminta keahlian. Rujuk kepada YDP masing-masing. 3- Tidak mendekati kawasan-kawasan yang terdapat demontrasi seperti Medan Tahrir. 4- Patuhi Pekeliling Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM. KECURIAN 1- Pastikan rumah dalam keadaan yang selamat dan kunci sebelum keluar. 2- Tidak digalakkan jalan berseorangan terutama bagi mahasiswi. 3- Tidak bermudah-mudah untuk menyapa persoalan daripada warganegara asing terutama yang menyamar sebagai 'mabahis'. 4- Berjaga-jaga ketika membuat kunci pendua. Pastikan hanya set kunci yang diminta sahaja yang dibuat.

Rombongan Kedua Pulau Pinang Selamat Tiba Di Republik Arab Mesir

Image
KAHERAH , 1 April - Penerbangan kedua pelajar PMRAM cawangan Pulau Pinang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah tepat jam 2.00 Petang. Rombongan yang membawa seramai 48 orang tersebut menaiki penerbangan Kuwait Airlines disambut oleh Pemangku Yang Dipertua, saudara Mohamad Sarkawi bin Mohmad Salleh serta ketua seketeriat Saudara Muhammad Nurudin bin Amirudin serta beberapa Ajkt yan lain. Semua pelajar dibawa ke rumah Pulau Pinang menaiki bas yang disediakan oleh pihak BKPPPM dan sempat menjamah makanan yang disedikan oleh pihak seketeriat walaupun dalam keletihan. Turut menyambut rombongan kedua tersebut wakil PMRAM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Saudara Nur Ahmad Wafiy Noor Azri dan Ahmad Baihaki Rashid serta wakil HEWI PMRAM, Saudari Kamilah Che Razali.