PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM SATU SAF KETIKA SOLAT Dipetik dari : MANHAL PMRAM (Artikel Menjawab Persoalan Dari Pengunjung Blog) MUQADDIMAH Islam melalui syariat yang dibawa oleh Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta’ala telah meletakkan lelaki dan perempuan pada kedudukan mereka yang tersendiri. Syariat Islam telah menggariskan bahawa ada sebahagian hukum yang mesti dilakukan oleh semua orang yang beragama Islam tidak kira lelaki atau perempuan, dan sebahagiannya pula adalah dikhususkan mengikut jantina, terutamanya dalam ibadah seorang hamba kepada Penciptanya. Suruhan menunaikan fardhu solat di dalam Al-Baqarah adalah dengan lafaz umum : Maksudnya : Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku'. ( Surah Al-Baqarah, ayat 43. Bagaimanakah cara menunaikannya? Maka datanglah hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam untuk menerangkan dan memperincikan kaifiyyah ...
Comments