Posts

Showing posts from October, 2019

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-42

Image
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE- 42  - OKTOBER 22, 2019 KAHERAH, 17 OKTOBER 2019 – Bertempat di Sutuh Asrama Pelajar Pulau Pinang, Mesir, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 42 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “ Musyawarah Perintis Kesatuan Ummah. “  Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu saudara Muhammad Amirul Uzair Bin Mohd Khairi. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil ahli keluarga Pelajar – Pelajar Kelantan Mesir ( KPKM ) saudara Nik Muhammad Ikhwan Bin Nik Muhamed Amin. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke - 42, Ustaz Muhamad Syamim Bin Daud, seterusnya ucapan Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program MAT BKPPPM kali ke - 42 oleh Ustaz Faqrurrozi Bin Abdullah,Penasihat BKPPPM

Minda Pimpinan | Syura : Sunnah Yang Diabaikan

Image
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ   “ Dan juga (lebih baik   dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan   solat dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa   yang kami beri kepadanya ” Dr. Taufiq As Syawi berkata:“ayat tersebut memberikan apresiasi yang sangat besar terhadap sistem syura . Bahkan, sejak awal dakwah Islam muncul di Mekah, Islam telah menjadikan syura sebahagian dari pembentukan masyarakat Muslim dan dasar hukum yang berlaku di dalamnya. Kemudian, sistem syura kembali ditekankan  ketika di Madinah, iaitu saat kaum Muslimin memiliki negara sendiri. Bermula di sana sistem syura menjadi dasar bagi aturan hukum dan perundangan yang berlaku.” Definisi Syura Menurut kamus dewan edisi keempat syura   membawa maksud mesyuarat u

Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 8 )

Image
MUFTI KELAPAN Dato’ Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor (Tahun 2014 - Kini) Nama                                  :    Dato’ Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor Tarikh / Tempat Lahir   :    21 Januari 1944 di Jitra, Kedah Nama Isteri                    :    Datin Jariah binti Md. Noh Bilangan Anak               :     5 Orang Latar Belakang Pendidikan           Sekolah Melayu Siputeh, Jitra, Kedah.           Maahad Mahmud, Alor Setar, Kedah (1965 – 1967).           Ijazah Sarjana Muda, Kuliah Usul Al-Din, Akidah dan Falsafah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1968).           Diploma Pendidikan, Universiti Ayn Al-Shams, Kaherah (1971).           Ijazah Sarjana, Dakwah Dan Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir, Kaherah (1973).           PhD, Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (1988). Sumbangan           Pensyarah YPTIK Nilam Puri, Kelantan (1975 – 1980).           Pensyarah Pengajian Islam, Pusat Pengajian Kemanusiaa

Minda Pimpinan | Al-Quran : Peradaban Moden dan Solusi

Image
Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril A.S., ditulis dalam mushaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya. Makna Al-Quran dari definisi di atas dianggap telah cukup sempurna, kerana melengkapi aspek jami’ dan mani’. Al-Quran adalah pedoman hidup utama bagi umat Islam. Karena ia merangkumi hukum-hukam dan sistem lengkap bagi seluruh aspek kehidupan. Maka sebagai umat Islam sudah sepatutnya kita meletakkan dasar hukum sesuai dengan Al-Quran pada urutan pertama dalam hidup kita. Dan dalam setiap tindak tanduk kita mestilah meletakkan aA-Quran di depan kerana tahap relevansi Al-Quran itu berlanjutan sepanjang zaman. Dunia abad 21 hari ini dilabelkan sebagai peradaban moden, peradaban yang sentiasa melakukan transformasi dari sudut sains dan teknologi yang memberi impak kepada pola hidup manusia yang lebih selesa, nyaman dan melengkapi keperluan hidup di e

Biografi Mufti-Mufti Pulau Pinang ( Siri 7 )

Image
MUFTI KETUJUH Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad (Tahun 1997 – 2014) Nama                             :   Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad Tarikh / Tempat Lahir   :   10 Oktober 1942 di Permatang Sungai Dua Kepala Batas. Nama Isteri                    :   Datin Pauziah bt. Mohd Nor                                             (berkahwin pada 10 April 1977) Bilangan Anak            : 8 Orang Latar Belakang Pendidikan   Sekolah Melayu Jelutong, Taiping, Perak (1949 - 1955)  Maktab Pengajian Islam Kota Bharu, Kelantan (1965 - 1967)   Maahad Al-Dakwah Wal Imamah Nilam Puri, Kelantan (1967 - 1968)   Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan (1969 - 1973) Ijazah Sarjana, Fakulti Syariah, Jurusan Usul Al-Fiqh, Universiti Al-Azhar Mesir (1973 – 1975) Sumbangan Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, YPTIK Nilam Puri, Kelantan. Pensyarah Bahagian Syariah, Akademi Penga

Tinggalan Azhari : Bahagia Itu Berjaya

Image
BAHAGIA ITU BERJAYA Setiap dari jiwa manusia tidak pernah lari daripada meminta nafas bahagia. Suatu perasaan semulajadi atau fitrah bagi semua lapisan umur dalam setiap abad bagi menentukan kualiti hidup dengan membina bahagia, dan tidak kurang juga dalam menyebarkannya. Perasaan ini tentunya ingin dimiliki bagi mereka yang berfikiran normal dan tidak mudah berputus asa dalam rentak kehidupan dunia, akan tetapi apakah kebahagiaan sebenar yang berjaya digapai oleh seorang yang bergelar AZHARI? Kalimat Bahagia itu sendiri sudah menggambarkan satu ungkapan yang tenang dan harmoni dalam ruang fikiran dan jiwa manusia. Bahagia mempunyai definisi tersendiri iaitu suasana senang dan aman serta gembira. Bahagia juga membawa maksud beruntung, kesenangan hidup, kemujuran dan kelestarian. Kebahagian yang dikecapi oleh seseorang manusia adalah bermula sejak dari kecil, alam dewasa seterusnya hingga ke usia tua kehidupan seseorang individu. Justeru, antara rahsia sesebuah kebahagiaa