Posts

Showing posts from January, 2016

KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA

Image
Assalamualaikum.. TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA. Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam man

KENYATAAN YANG DIPERTUA BKPPPM TERHADAP ISU BKPJM

Image
(يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung. (Surah Ali Imran) Sejarah telah menyaksikan berbagai peristiwa besar di dunia yang tidak lepas dari aktor intelektual di belakangnya. Kaum intelektual yang diwakili mahasiswa sering menjadi penggagas utama dalam setiap perubahan. Kepentingan pertama dan terutama yang diperjuangkan oleh Mahasiswa adalah nilai-nilai yang sifatnya universal seperti keadilan sosial, kebebasan, kemanusiaan, demokrasi dan solidaritas kepada golongan yang tertindas. Mutakhir kini, isu hak mahasiswa  sudah menjadi semakin serius. Pelbagai penindasan dan kezaliman dibuat hanya untuk menafikan hak mahasiswa. Berikutan isu yang berlaku terhadap Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM), in

TIPS MAHASISWA CEMERLANG

Image
Assalamualaikum dan salam seperjuangan TIPS SEBELUM IMTIHAN -Sebelum membaca atau menghafal mulakan dengan bacaan Bismillah, al-Fatihah dan Selawat keatas Nabi . Digalakkan berwudu’. -Pastikan anda sentiasa berdoa kepada Allah dipermudahkan membaca dan menghafal setiap waktu terutama sekali selepas solat. -Pastikan semua kitab dan muqarrar habis dibaca sekurang-kurangnya 2 kali. -Pastikan memahami tajuk dan isi penting di dalam semua kitab. Lebih baik lagi mampu mengajarkan kepada orang lain. -Pastikan hafalan dan bacaan mantap dan baik. -Waktu ini bukanlah waktu membaca tetapi waktu mengulang hafalan dan bacaan. -Yakin dengan Allah  sahaja yang Dia yang  akan memberikan kejayaan bagi hambanya yang berusaha. TIPS KETIKA HARI IMTIHAN -Pada malam harinya, solat hajat dilakukan. -Pastikan alatan tulis, kernih, duit tambang dan perkara-perkara yang berkaitan disusun sebelum tidur. -Nota-nota yang banyak tidak lagi dibawa di hari peperiksaan.Sebaliknya hanya nota-nota yang dirasakan