Artikel Terkini :
Home » , , , , , , » TIPS MAHASISWA CEMERLANG

TIPS MAHASISWA CEMERLANG


Assalamualaikum dan salam seperjuangan

TIPS SEBELUM IMTIHAN

-Sebelum membaca atau menghafal mulakan dengan bacaan Bismillah, al-Fatihah dan Selawat keatas Nabi . Digalakkan berwudu’.

-Pastikan anda sentiasa berdoa kepada Allah dipermudahkan membaca dan menghafal setiap waktu terutama sekali selepas solat.

-Pastikan semua kitab dan muqarrar habis dibaca sekurang-kurangnya 2 kali.

-Pastikan memahami tajuk dan isi penting di dalam semua kitab. Lebih baik lagi mampu mengajarkan kepada orang lain.

-Pastikan hafalan dan bacaan mantap dan baik.

-Waktu ini bukanlah waktu membaca tetapi waktu mengulang hafalan dan bacaan.

-Yakin dengan Allah  sahaja yang Dia yang  akan memberikan kejayaan bagi hambanya yang berusaha.


TIPS KETIKA HARI IMTIHAN

-Pada malam harinya, solat hajat dilakukan.

-Pastikan alatan tulis, kernih, duit tambang dan perkara-perkara yang berkaitan disusun sebelum tidur.

-Nota-nota yang banyak tidak lagi dibawa di hari peperiksaan.Sebaliknya hanya nota-nota yang dirasakan kurang penumpuan atau yang penting sahaja diambil kira.

-Jangan berbincang selepas keluar dewan dan jangan berasa takbur dengan jawapan. Jangan terlalu yakin dengan natijah
-Jangan pula terlalu beremosi kerana mood yang berlanjutan akan mengganggu pembacaan madah seterusnya.

-Hindari diri dari memarahi, mengherdik atau menyakiti orang lain sekalipun mereka itu

 hamba (bawwab) .

-Tawakal.

TIPS SELEPAS IMTIHAN

-Teruskan solat hajat.

-Cuba banyakkan amalan sunat.

-Rajin bersedekah kepada fakir miskin dan mohonkan mereka doakan kita.

-Apabila berjumpa orang alim, syeikh dan doktor mohon mereka doakan kejayaan kita di dunia dan akhirat.

-Bersyukur jika berjaya dan bersabar bagi yang tidak berjaya.



"ENGKAU MENGHARAPKAN KEJAYAAN YANG TINGGI DENGAN HARGA YANG MURAH (SAMBIL LEWA),SEDANGKAN ORANG YANG INGIN MEMPEROLEHI MADU MESTI BERTARUNG DENGAN SENGATAN LEBAH"

Disediakan oleh :
Biro Pendidikan Pelajar Pulau Pinang Mesir
Share this article :

0 comments:

LAMAN RASMI PMRAM

Sejarah BKPPPM

ARTIKEL POPULAR

CHAT BOX

 
LAMAN RASMI : BLOG | FACEBOOK |
Dikuasakan Oleh Blogger
Hakcipta Terpelihara © 1433H / 2012. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir - All Rights Reserved
Reka Bentuk Blog Oleh Lisanul Hakim I Seliaan Sepenuhnya I Unit Blog Di Bawah Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM