Posts

Showing posts from September, 2012

PERSEDIAAN IMTIHAN QABUL BERJALAN LANCAR

Image
KAHERAH, 27 September 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah Biro & Unit Pendidikan telah berjaya melaksanakan kelas intensif Bahasa Arab kepada mahasiswa/wi baru bagi menghadapi imtihan qabul tidak lama lagi. Tujuan kelas tersebut dilaksanakan ialah untuk memberi pendedahan dan latih tubi yang secukupnya bagi menghadapi imtihan tersebut. Kelas yang telah bermula pada 22 haribulan 9 tersebut telah berakhir pada hari ini. Dalam kelas tersebut, pada sebelah siangnya mahasiswa/wi baru telah dibekalkan soalan-soalan yang berkaitan imtihan qabul. Dan pada malamnya pula mereka membincangkan soalan bersama guru pembimbing Ustaz Hafizuddin Bin Othman yang merupakan mahasiswa tahun akhir Kuliah Bahasa Arab Al-Azhar. " Kami mengharapkan agar mahasiswa/wi yang akan menghadapi imtihan qabul dapat membuat yang terbaik pada imtihan kali ini  kerana ini merupakan peluang kedua bagi sahabat-sahabat sekalian dan kami mendoakan agar sahabat-sahabat dipermuda

CARTA ORGANISASI BKPPPM SESI 2012/2013

Image
Add caption

KPI : TINGKAT KUALITI PENGURUSAN AJKT

Image
Barisan pelaksana program dan AJKT KAHERAH, 23 September 2012 : Kursus Pengurusan Islam ( KPI ) AJKT dan AJK HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) berjaya dilaksanakan. Kursus tersebut dianjurkan oleh Badan Penasihat BKPPPM yang diketuai oleh Saudara Mohamad Sarkawi B. Mohmad Salleh. Objektif kursus tersebut dilaksanakan, adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan gerak-kerja ahli jawatankuasa tadbir dan memberi kesedaran tentang tanggugjawab dalam berorganisasi. Kursus yang bermula pada jam 7.30 pagi telah dirasmikan oleh  Saudara  Zulhafeez B. Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden PMRAM 2012. Antara pengisian menarik dalam kursus tersebut ialah Wala` dan Barra`, Polisi Kepimpinan, Perancang Cemerlang dan Pengendalian Mesyuarat. Pengisian terakhir dalam kursus tersebut telah disampaikan oleh Saudara Mohamad Hanif B. Haron yang merupakan mantan Yang Dipertua BKPPPM sesi 2007-2009 berkenaan pengurusan AJKT dalam kehidupan seharian. Kursus Pengurusan Islam (

MAHASISWA BARU PULAU PINANG SELAMAT SAMPAI

Image
KAHERAH, 21 September 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 semalam telah menerima mahasiswa/wi baru. Selamat datang diucapkan buat kalian semua ke ardul kinanah . Mereka telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 4.00 petang dengan diiringi oleh Ustaz Mohamad Hanif Bin Haron. Seramai 38 orang terdiri daripada 31 mahasiswa pengajian islam dan 7 mahasiswa daripada sains kesihatan yang telah datang ke sini. Kedatangan mereka disambut meriah oleh ad-hoc pelaksana USMB, Ajkt BKPPPM serta ahli Pulau Pinang di sini. Turut menyambut kedatangan mereka juga, Ustaz Muhammad Bin Mohamad Zain, Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Pulau Pinang, wakil persatuan PERUBATAN dan wakil USMB Pusat. Pihak BKPPPM mengalu-ngalukan kedatangan kalian di sini. Moga dengan kehadiran kalian ini menambahkan kemeriahan bagi anak-anak Pulau Pinang di bumi Mesir.

FUTSAL MAHABBAH : PEMBUKA TIRAI PROGRAM SESI 2012/2013

Image
Sebahagian peserta Futsal Mahabbah KAHERAH, 17 September 2012 : Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah berjaya mengadakan  Futsal Mahabbah dalam kalangan ahli BKPPPM sebagai pembuka tirai program bagi sesi 2012/2013. Pertandingan tersebut telah berlangsung di Nadi Tola`ie, Abbas El-Akkad Madinah Nasr. Pertandingan   Futsal Mahabbah telah bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ahli walaupun kebanyakkan ahli masih lagi berada di Malaysia. Tujuan diadakan pertandingan tersebut adalah untuk mengeratkan ukhwwah di antara ahli dan meraikan minat ahli yang pelbagai disamping mencergaskan tubuh badan setelah sekian lama tidak bersenam berikutan peperiksaan dan bulan Ramadhan. " Kita bukan sahaja menumpukan kepada program-program pembinaan thaqafah, malah kita juga memberi tumpuan dalam semua bidang bagi meraikan minat ahli yang

PENTING : PENGUMPULAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Image

TAKWIM SOLAT BULAN ZULKAEDAH

Image
Takwim Solat Bulan Zulkaedah bagi seluruh Kaherah dan sewaktu dengannya

PERISTIWA BULAN ZULKAEDAH

Image
Nida` Dakwah Edisi Pertama.

Ramah Mesra Bersama Pegawai Pendidikan JAIPP

Image
Sesi fotografi bersama rombongan. KAHERAH , 9  September  2012 : Semalam, s atu majlis ramah mesra bersama Ustaz Mohd Redzuan Bin Abdul Wahab, Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) telah diadakan bersama anak-anak Pulau Pinang di sini. Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi ukhuwah dikedua belah pihak dan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di Pulau Pinang khususnya. Ustaz Mohd Redzuan dalam ucapan beliau semalam, menasihati agar kita selaku golongan yang mempelajari ilmu agama agar tidak takut untuk kehadapan dan berketerampilan. Katanya lagi, " Selain menguasai ilmu-ilmu dikuliah, ilmu pengurusan juga perlu  dititik beratkan supaya menjadi nilai tambah di alam pekerjaan ".  Dalam pada itu, Ustaz Redzuan turut  menyampaikan sumbangan untuk perjalanan aktiviti persatuan kepada wakil Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Saudara Azwan Azman selaku Yang Dipertua BKPPPM sesi 2012/2013. Majlis ramah mesra semalam berakhi

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN

Image
Pemangkuan jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir & Hewi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) sesi 2012/2013 berikutan kepulangan AJKT & HEWI ke Malaysia. Maklumat pemangkuan adalah seperti berikut :- 1) BENDAHARI AGUNG     MUHAMMAD MU’AZ BIN ABDUL RAHIM     dipangku oleh                      MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI 2) UNIT DAKWAH               SITI NADRAH BINTI ZOOLKEFLE     dipangku oleh                      INTAN SYAHIRAH BINTI SUDIN 3) UNIT PENDIDIKAN        SARINAH BINTI ABDULLAH     dipangku oleh                      NURUL NABILA BINTI ROSLAN 4) UNIT EKONOMI             MUNIRAH BINTI HISHAMUDIN    dipangku oleh                       NOR ATIQAH BINTI ALI AKBAR Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak bagi melancarkan lagi agenda dan gerak kerja kita bersama. " MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN " " BERSATU DAN BERBAKTI "

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BKPPPM 2012-2013

Image
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TADBIR & HEWI BKPPPM 2012-2013 BARISAN PENASIHAT MOHAMAD SARKAWI BIN MOHMAD SALLEH  +2011-27073110  FAQRURROZI BIN ABDULLAH  +2011-10412101  MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL AZIZ  +2011-15074057  IMTISAL BINTI MAZANI  +2011-42367079  NORAINI BINTI SAPEHE  +2011-44596618  AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) YANG DIPERTUA  AZWAN BIN AZMAN  +2011-44647373 TIMB. YANG DIPERTUA MUHAMMAD ZIKRI BIN MOHAMAD ZAKI  +2011-46164010 SETIAUSAHA AGUNG MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI  +2011-12396856 TIMB. SETIAUSAHA AGUNG MUHAMMAD FIRDAUS BIN SAMSUDIN  +2011-12194522  BENDAHARI AGUNG MUHAMMAD MU’AZ BIN ABDUL RAHIM  +2011-19480472 BIRO DAKWAH MUHAMAD ASYRAF BIN KAMARUDDIN  +2011-23384343 BIRO PENDIDIKAN MUHAMMAD IRFAN SYAHID BIN ZULKIFLI  +2011-45227732 BIRO EKONOMI MUHAMMAD HANIFF AL-IMRAN BIN ADNAN  +2011-45227725 BIRO PERUMAHAN MOHAMMAD AKBAR BI

MAT BKPPPM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Image
MAT BKPPPM kali ke-35 KAHERAH, 02 SEPTEMBER 2012 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke 35 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang dengan bertemakan “ JIWAI PIMPINAN GENERASI TERPIMPIN “. Program bermula dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat BKPPPM iaitu Ustaz Mohammad Bin Mohamad Zain merangkap ketua Badan Sukan Rehlah (BSR) 2012. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persidangan mesyuarat agung yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Sarkawi Bin Mohmad Salleh selaku Yang Dipertua BKPPPM dengan pembentangan minit Mesyuarat Agung kali ke-34 . Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan tahunan BKPPPM dan pembentangan laporan kewangan BKPPPM 2011/12 yang dikendalikan oleh Bendahari BKPPPM . Semua ahli memberikan komitmen dan komentar yang baik sepanjang sidang berlangsung. Dua usul yang telah dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat agung kali i