MAHASISWA BARU PULAU PINANG SELAMAT SAMPAI




KAHERAH, 21 September 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 semalam telah menerima mahasiswa/wi baru. Selamat datang diucapkan buat kalian semua ke ardul kinanah.

Mereka telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 4.00 petang dengan diiringi oleh Ustaz Mohamad Hanif Bin Haron. Seramai 38 orang terdiri daripada 31 mahasiswa pengajian islam dan 7 mahasiswa daripada sains kesihatan yang telah datang ke sini.



Kedatangan mereka disambut meriah oleh ad-hoc pelaksana USMB, Ajkt BKPPPM serta ahli Pulau Pinang di sini. Turut menyambut kedatangan mereka juga, Ustaz Muhammad Bin Mohamad Zain, Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Pulau Pinang, wakil persatuan PERUBATAN dan wakil USMB Pusat.

Pihak BKPPPM mengalu-ngalukan kedatangan kalian di sini. Moga dengan kehadiran kalian ini menambahkan kemeriahan bagi anak-anak Pulau Pinang di bumi Mesir.





Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963