Posts

Showing posts from September, 2013

Al-Azhar Menara Ilmu Sepanjang Zaman

Image
Al-Azhar telah menghasilkan ribuan ulama yang terkenal selama hampir lebih seribu tahun. Saban tahun, Al- Azhar tetap menjadi pusat kepada pemeliharaan ilmu turathi dan muasoroh yang menjadi warisan Islam bahkan mengukuhkan lagi identiti agamaIslam. Pusat pengajian terkemuka dunia ini juga diiktiraf sebagai kiblat keilmuan Islam, dan gudang segala macam jenis ilmu,merangkumi pelbagai jenis dimensi samada hukum-hakam Islam, sosial, ekonomi dan politik. Al-Azhar juga menjadi benteng keilmuan Islam, tempat para pemuda dari segenap bangsa penjuru dunia untuk menuntut ilmu.Ketika imperialis cuba untuk meluaskan kuasa mereka ke benua Afrika, terutamanya negara Mesir, dapat disaksikan bahawaantara golongan yang berkobar melawan para imperialis ini terdiri dalam kalangan ulamak Al-Azhar. Begitu juga dengan negara-negara luar, keadaan yang sama mereka hadapi ketika mana negara dijajah, ulamak mendominasi barisan hadapan menentangpenjajahan. Al-Azhar merupakan universiti yang

KENALI KITAB TARBIYYATUNA AR-RUHIYYAH

Image
DEKATKAH KITA DENGAN ALLAH ? Bismillahirrahmanirrahim, selaut syukur buat pemilik hati yang gersang kerana mengilhamkan penulis untuk mengupas secara ringkas sebuah kitab berkaitan pemantapan rohani iaitu TARBIYYATUNA AR- RUHIYYAH, kagum melihat hasil penulisan pengamal sufi juga pendakwah haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian, beliau dikenali sebagai Syeikh Sa’id Hawwa. Untuk pengetahuan anda, kitab ini merupakan cetakan kali yang kesepuluh iaitu pada tahun 1430 Hijrah bersamaan 2009 Masihi. Kitab ini mengandungi sebanyak 268 muka surat,hasil terbitan Pustaka Darussalam Kaherah. Sebelum berkongsi keistimewaan yang terkandung dalam kitab serba lengkap ini, terasa tidak sempurna tanpa menyisipkan sedikit biografi pengarang kitab, nama sebenar beliau ialah Sa’id Hawwa bin Muhammad dilahirkan di kota Hamah, tahun 1935. Beliau mula terlibat dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1952 iaitu saat masih belajar ketika berumur 17 tahun.Akhirnya B

HAMPIR 200 MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI BKPPPM DAN ILMAM DI MALAYSIA

Image
PULAU PINANG, 8 September 2013 : Hampir 200 orang hadir memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) di Dewan Besar Sungai Dua pada hari Jumaat, 6 September lalu. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah ahli BKPPPM, ILMAM, dan turut diraikan juga mahasiswa-mahasiswi dari Jordan. Majlis yang bermula sekitar jam empat petang itu dirasmikan oleh Dato’ Haji Salleh Bin Man, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Beliau dalam ucapannya menyeru dan mengharapkan agar graduan-graduan lepasan universiti Timur Tengah yang pulang ke tanah air supaya dapat berkhidmat untuk masyarakat di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. "Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya. Antara tetamu kehormat yang tu

KUSARA`13 : KURSUS SEHARI KE AL-AZHAR BERJALAN LANCAR

Image
Sebahagian peserta KUSARA`13 PULAU PINANG, 2 September 2013: Ardul Kinanah adalah gelaran yang tidak asing lagi buat bumi Mesir yang juga diberi jolokan sebagai bumi para anbiya’. Di sini terdapat sebuah universiti yang tertua di dunia, iaitu Universiti Al-Azhar As-Syariff. Jolokan sebagai gedung ilmu yang sangat dikagumi menjadikan Al-Azhar antara universiti yang menjadi pilihan utama untuk menuntut ilmu samada dalam bidang pengajian islam mahupun bidang pengajian sains perubatan. Menyedari hal itu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengadakan satu program yang diadakan khusus untuk bakal generasi baru yang akan melanjutkan pengajian di Mesir khususnya di Al-Azhar As-Syariff. Sehubungan itu, program Kursus Sehari ke Al-Azhar atau dikenali dengan KUSARA telah diadakan pada hari Rabu dan Khamis tanggal 27 dan 28 Ogos 2013 Masihi bersamaan 21 dan 22 Syawal 1434 Hijrah,