Al-Azhar Menara Ilmu Sepanjang Zaman


Al-Azhar telah menghasilkan ribuan ulama yang terkenal selama hampir lebih seribu tahun. Saban tahun, Al-
Azhar tetap menjadi pusat kepada pemeliharaan ilmu turathi dan muasoroh yang menjadi warisan Islam bahkan mengukuhkan lagi identiti agamaIslam. Pusat pengajian terkemuka dunia ini juga diiktiraf sebagai kiblat keilmuan Islam, dan gudang segala macam jenis ilmu,merangkumi pelbagai jenis dimensi samada hukum-hakam Islam, sosial, ekonomi dan politik.

Al-Azhar juga menjadi benteng keilmuan Islam, tempat para pemuda dari segenap bangsa penjuru dunia untuk menuntut ilmu.Ketika imperialis cuba untuk meluaskan kuasa mereka ke benua Afrika, terutamanya negara Mesir, dapat disaksikan bahawaantara golongan yang berkobar melawan para imperialis ini terdiri dalam kalangan ulamak Al-Azhar. Begitu juga dengan negara-negara luar, keadaan yang sama mereka hadapi ketika mana negara dijajah, ulamak mendominasi barisan hadapan menentangpenjajahan.

Al-Azhar merupakan universiti yang tertua di dunia berbanding pusat pengajian lain. Universiti di Eropah mula didirikan pada abad kedua setelah Al-Azhar, contohnya Paris didirikan pada abad ke-12 dan Universiti Oxford pada abad ke-13. Namun pada awal tahun 1960-an Al-Azhar mengalamiperubahan yang besar dalam penambahan fakulti baru serta bidang yang lebih meluas merangkumi aspek akademik. Sejak itu , fakulti perubatan dankejuruteraan telah ditubuhkan dan pelajar wanita telah mula diterima pada tahun 1962.


Mesir dan Peralihan Suasana Politik.


Sebagaimana yang diketahui umum, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi aman di Mesir bermula pada 30 Jun yang lalu masih lagi berterusan sehingga ke hari ini dan berkemungkinan besar akan berlanjutan sehinggalah Kerajaan Sementara Mesir pada hari ini mengembalikan semula tiga tuntutan utama rakyatnya iaitu mengembalikan presiden mereka yang sah Dr.Muhammad Mursi, menarik-balik penggantungan perlembagaan yangtelah dipersetujui oleh rakyat dan memulangkan semula Majlis Syura berserta peranannya.

Ekoran daripada peristiwa yang berlaku, peraturan keselamatan yang digariskan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) yang dikeluarkan perlu dipandang serius oleh seluruh pelajar yang masih berada di sini dan prihatin dengan pekeliling keselamatan yang di war-warkan oleh PMRAM selaku suara mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. 


Nasihat dan Harapan HEWI PMRAM


Buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di bumi Anbiya, teruskan cita-cita murni untuk menggali ilmu sebanyak mungkin. Justeru, langkah ini bakal melahirkan profesional Islam yang akan sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Antaranya contoh yang tidak asing lagi ialah Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradhawi, merupakan seorang ulamak yang berperanan dalam memastikan Islam berada di tempatnya.

Pelbagai ancaman menimpa Al- Azhar, namun keutuhan teras ilmu ini tetap teguh di persada dunia. Ianya sangat digeruni oleh pelbagai pihak. Seiring dengan itu, dalam usaha memastikan kelangsungan generasi berilmu keluaran bumi anbiya’ ini, kami barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (HEWI PMRAM) 2013 sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek dan mendoakan agar mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menyambung pengajian di Mesir diberikan kemudahan dan kelancaran dalam urusan menyambung pengajian ke sini.


"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"



Siti Sarah bt Bushari

Timbalan Pengerusi
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963