Posts

Showing posts from December, 2011

SEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING

Image
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 dengan ini mengisytiharkan semua calon Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2012 menang tanpa bertanding. Tahniah dan takziah kepada semua BP & AJKT HEWI Sumber : SPR PMRAM 2011

ARMA : Warisan Yang Sentiasa Diingati

Image
Mengasaskan sebuah persatuan bukanlah sesuatu yang susah, namun untuk mengekalkan sebuah persatuan ia amat susah dan banyak halangan serta dugaan yang perlu dihadapi. Seperti yang diketahui umum, PMRAM adalah sebuah persatuan induk dan tertua di Mesir dan sehingga kini sudah berusia melebihi 81 tahun. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang ditempuhinya sejak penubuhan awal dari tahun 1930 sehingga hari ini, namun ia masih kukuh berdiri sebagai persatuan yang menjaga kebajikan dan kesatuan pelajar di bumi Mesir ini. Walaupun banyak tribulasi yang dihadapi oleh PMRAM dan ahlinya, ia bukanlah alasan untuk persatuan ini kecundang malah menjadi PMRAM sebuah persatuan yang sangat matang dalam mengahdapi siri-siri kehidupan. Antara salah satu perkara yang menjadi isu penting dan masih  menjadi pertanyaan adalah dimanakah hak PMRAM ke atas Rumah Melayu Abassiah atau lebih dikenali sebagai ARMA. Sesunngguhnya, PMRAM  sendiri telah banyak melakar sejarah. Pada tahun 1956, telah berlaku p

Selamat Menghadapi Peperiksaan..Semoga Berjaya Kelak..!!

Image
Assalamualaikum wbt....dengan penuh rasa syukur atas nikmat kurnia Iman dan Islam yang selama ini merupakan sebenar-benar kurniaan daripada Allah SWT kepada kita, mudah-mudahan nikmat ini terus berkekalan hingga akhir hayat kita..Amin.. Bersemperna musim peperiksaan ini, kami dari barisan kepimpinan BKPPPM mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" kepada seluruh ahli BKPPPM. Tingkatkan usaha, jangan mudah mengalah, anda masih punyai waktu untuk berusaha. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan tidak pernah jemu mendengar bisikan Doa kita. Berusaha, Berdoa & Bertawakal secara Istiqomah merupakan kaedah yang terbaik untuk menyusuri jalan-jalan penuh kejayaan dan kebahagiaan. Semoga Berjaya Kelak...!!!!!

Waktu-waktu Doa Mustajab

Image
Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah (1). Sepertiga Akhir Malam Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya&quo

KUMPULAN REVULOSI MENYERU PROTES BESAR-BESARAN JUMAAT INI

Image
TAHRIR - 19 kumpulan politik dan beberapa aktivis politik menyeru rakyat Mesir untuk datang menghadiri perhimpunan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir pada Jumaat ini di bawah slogan "wanita bebas Mesir - kembalikan kehormatan." Aktivis menggesa rakyat Mesir melakukan bantahan sebagai tindak balas kepada kekerasan yang dilakukan tentera terhadap penunjuk perasaan wanita. Kebanyakan rakyat Mesir marah apabila menyaksikan satu klip video yang disiarkan oleh agensi-agensi berita dan laman web, yang menunjukkan anggota tentera mengheret seorang wanita secara beramai-ramai dan mengoyak baju lalu memukul wanita tersebut ketika pertempuran berlaku pada Jumaat lepas di antara penunjuk perasaan dengan pihak tentera berdekatan bangunan kabinet. Kenyataan dari Majlis Tertinggi Angkatasn Tentera (SCAF) menegaskan bahawa mereka menafikan melakukan kekerasan, yang mana telah dipaparkan dalam video di seluruh dunia malah mereka terus mengelirukan orang awam. Kenyataa

Selamat Bersidang Kepada Kepimpinan PERSADA

Image
KAHERAH , 22 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan selamat bersidang kepada Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi ( PERSADA ) yang menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan pada hari ini .   MAT yang dijalankan tersebut menjadi penutup tirai bagi kepimpinan PERSADA sesi 2010/2011 yang dipimpin oleh Saudara Mohd Firdaus Atan . Sekaligus akan menampilkan kepimpinan baru bagi sesi 2011/2012.   Keputusan bagi Presiden PERSADA sesi 2011/2012 masih belum diketahui kerana berlakunya pertandingan di peringkat pemilihan Presiden .   PERSADA merupakan salah satu anggota majlis SMATT ( Solidariti Mahasiswa Timur Tengah ) yang mewakili suara mahasiswa Islam di Arab Saudi.   " PMRAM selaku rakan seperjuangan dan juga Pengerusi SMATT bagi sesi 2011/2013 merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan PERSADA sesi lepas yang banyak mencurahkan

Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan

Image
Peperiksaan boleh diibaratkan seperti sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan , strategi , ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon . Ianya menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya , tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti , walaupun dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK ( Penilian Tahap Kecekapan ) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan .    Sebelum Peperiksaan :   • Betulkan niat ( islah wattajdid ), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah. • Kenali ( ta’yiin ) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik .  • Kelaskan ( taqsiim ) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan . • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik ( Jadual mut

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Image
Lebih 1400 tahun yang lalu, sebuah cara hidup bernama Al-Islam telah lahir lantas menobatkan manusia di tempat sewajarnya, tidak lagi dibelenggu Jahiliah, tidak lagi diseret ke makam terendah. Agama Islam telah meninggikan semula martabat golongan wanita, dan pernyataan ini bukanlah hakikat yang mampu ternafikan. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka. Justeru, wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah

Agen CIA Dipamerkan Dalam Televisyen Negara Iran

Image
Seorang perisik CIA yang berjaya ditahan oleh Iran mengakui bahawa ia sedang menjalankan misi untuk menyusup masuk ke dalam Kementerian Perisikan Iran. Dalam pengakuannya di televisyen Iran pada 18/12/11, agen CIA Amir Mirzaei Hekmati mengatakan ia terlibat dengan tentera darat Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan menjalani latihan perisikan selama satu dekad. Katanya lagi, dia dihantar ke Pengkalan Udara Bagram yang dikendalikan Amerika Syarikat di Afghanistan Timu dan diberikan akses ke fail perisikan yang telah diberikan oleh CIA. Hekmati berasal dari Iran dan dilahirkan di barat daya Arizona, Amerika Syarikat, mengatakan tujuannya untuk mendapatkan kepercayaan dari pegawai perisikan Iran dengan maklumat yang telah diberikan oleh CIA. CIA merancang untuk membakar beberapa maklumat yang berguna dan memberikannya kepada Iran serta membiarkan Kementerian Perisikan Iran menganggap bahawa bahan tersebut merupakan bahan yang baik. Pihak Rangkaian Perisikan Iran yang bertug

Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Terus Berbincang Bersama WAAG

Image
KAHERAH , 19 Dis - Isu pembayaran yuran matrikulasi yang meningkat secara mendadak mendapat perhatian yang serius dari pihak PMRAM .   Perkara ini berikutan daripada aduan pelajar yang mengutarakan   tahap kemampuan begitu rendah bagi menjelaskan pembayaran yuran tersebut .   Pihak PMRAM dengan diwakili Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili b Saiman telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus WAAG ( World Association of Al-Azhar Graduates )   Ustaz Ismail Haitham bagi membincangkan perkara ini pagi tadi .   Permasalahan berkenaan yuran tersebut akan menjejaskan permohonan visa pelajar untuk tinggal disini sekaligus pelajar terus dibelenggu kebimbangan mengenai status keberadaan mereka di Mesir .   Maka perkara ini adalah di antara isu diutarakan dalam pertemuan tersebut yang diadakan di pejabat WAAG .   Pihak PMRAM akan membawa suara mahasiswa berkenaan

Yuran Markaz Bahasa : Perbincangan PMRAM Bersama EME

Image
KAHERAH , 18 Dis - Ekoran daripada rungutan berterusan pelajar-pelajar Markaz Bahasa terhadap bebanan yuran yang terpakasa dibayar oleh pelajar iaitu sebanyak LE 480 untuk satu peringkat kelayakan maka pihak PMRAM sekali lagi mengambil pendekatan untuk mengutarakan perkara tersebut kepada pihak Education Malaysia of Egypt ( EME ).   Pertemuan ringkas bersama Prof Madya Dr Haji Suaidi bin Datuk Hj Shafei   pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah diketuai oleh Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM .    Turut serta dalam pertemuan ini Saudara Ahmad Daniel Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 serta Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi , Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.   “ Pihak PMRAM sebagai mewakili suara mahasiswa Malaysia membawa permasalahan yang membelenggu pelajar Malaysia berkenaan

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Image
Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun , lelaki dan wanita.   Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.   Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.   Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semas