Allah memberikan setiap waktu
dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada
waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi
kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka
menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak
berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama
dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan
dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain
ialah
(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi
turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam,
lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan,
barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa
yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari,
kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka
ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu
Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422.
Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh
Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa
ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud,
kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360.
Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar
hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah
melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya
akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat
7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
Waktu yang sesaat itu
tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat
menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah
disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan
kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib
naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai
waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu
terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia
atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah,
bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan
Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud
Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh
Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa
keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab
Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika Saat Sedang Hujana
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan
dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh
Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami'
No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada
waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu
sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.
(Fathul Qadir 3/340).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah
Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu
Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian
bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam
bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan,
kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim,
kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada
malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin
Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan
sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani
berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang
pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
Sumber : zaharuddin.net

0 comments
Post a Comment