Posts

Showing posts from November, 2011

Isu Pengklonan Dari Sudut Syariah

Image
Teknik pengklonan terbahagi kepada dua: 1) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning). Pengklonan ini telah ijalankan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal. 2) Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer technology) Kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly. Sebelum ini belum pernah seekor mamalia dilahirkan hasil penggunaan teknik tersebut. Pengklonan DNA dewasa melalui teknik nuclear transfer bertujuan: 1) Pembiakan (Reproductive reason): Peng

Pelajar Muslim British Boikot Kursus Darwinisme

Image
Charles Darwin Pelajar-pelajar muslim termasuk doktor pelatih didapati tidak menghadiri salah satu program perubatan yang termuka di Britain di mana program tersebut merupakan kelas mengenai evolusi yang bertentangan dengan isi kandung di dalam Al-Quran. Profesor di University College London menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah pelajar biologi yang memboikot kelas syarahan mengenai teori Darwinisme yang menjadi sukaran penting dalam pelajaran atas alasan agama. Umat Islam menolak teori Darwinisme dan menegaskan bahawa ALLAH pencipta segala di dunia ini. Steve Jones- profesor Emeritus genetik manusia di University College London mempersoalkan mengapa pelajar tersebut ingin belajar biologi padahal banyak dari pelajaran tersebut bertentangan dengan keyakinan mereka. Ahli biologi evolusi dan bekas Profesor Oxford-Richard Dawkins telah melahirkan kebimbangan terhadap jumlah bilangan pelajar tidak hadir atau keluar dari kuliah teori Darwinisme

Letupan Saluran Gas Mesir Kali Ke-9

Image
Terbakar. Saluran gas Mesir yang dihantar ke Jordan dan Israel meletup hari ini di Al-Arish, Sinai. Kejadian berlaku beberapa jam sebelum waktu pengundian pilihan raya parlimen bermula. Letupan berlaku pada saluran paip sebelah barat Al-Arish di Sinai. Menurut saksi kejadian, terdapat letupan berturut-turut berlaku kira-kira 100 meter jauhnya. Agensi berita MENA melaporkan bahawa letupan itu berada di kawasan Al-Sabeel. Pasukan keselamatan dan trak bomba segera dikejarkan ke tempat kejadian. Serangan tersebut merupakan serangan kali ke-9 untuk tahun ini. Dikatakan letupan tersebut merupakan mercu tanda bermulanya proses pengundian pilihan raya yang berlangsung pada hari ini (28/11/11 - Isnin) Perjanjian mengenai gas antara Mesir dan Israel sudah menjangkau selama 20 tahun di mana ia ditanda-tangani pada era Mubarak dan perjanjian tersebut kurang diketahui umum. Perjanjian ini mendapat kritikan oleh bebrapa pihak dan turut mengatakan bahawa Israel tidak m

SYEIKH AL-AZHAR AL-TAYYEB : TIDAK MENGUNDI ADALAH DOSA.

Image
Syeikh Al-Azhar Ahmad Tayyeb telah menggesa rakyat Mesir untuk turun mengundi dalam pilihan raya parlimen fasa pertama yang bermula hari ini. Beliau memberi amaran pada mereka yang gagal untuk hadir dalam sesi pemilihan ini adalah "orang-orang yang berdosa." Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik. Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat. DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 201

Daurah Kitab - Ta'lim Muta'alim

Image
Daurah Kitab Ta'lim Muta'alim Oleh : Ustaz Abdul Aziz bin Ali (Timbalan Presiden PMRAM 2011) 29 & 30 November 2011 Dewan Soleh Al-Masri Bermula pada jam 7:15 malam Pembeli kitab boleh rujuk kepada : Ikhwah - Ustaz Ahmad Shafiq b Ismail +011-3786328 Akhowat - Ustazah Intan Syahirah bt Sudin +015-22812877 Tempah awal sebelum terlambat...!!! Jom kita penuh-penuhkan majlis ilmu ini....!!! ..........Ilmu Dicari Bukan Dinanti..........

Pilihan Raya Mesir : Patuhi Langkah-Langkah Keselamatan

Image
Kepada seluruh ahli BKPPPM, anda dinasihati untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa proses pilihan raya Mesir berlangsung yang akan bermula pada hari ini, 28 November 2011 (Isnin). Antaranya ialah : 1.Tidak digalakkan untuk berjaulah ketika hari pengundian. 2.Kepada mereka yang berada di muhafazah dinasihatkan supaya tidak pulang ke Kaherah dan begitu juga sebaliknya. 3.Jangan menghampiri tempat pengundian dan tempat-tempat yang berkemungkinan tercetusnya situasi yang mencemaskan. 4.Jika berhajat untuk keluar dari kediaman, pastikan anda bersama teman dan memaklumkan kepada teman-teman yang lain akan destinasi yang ingin anda ditujui. 5.Membawa pengenalan diri (Passport,Kad PMRAM,Kad EME & Kad Pelajar) ketika berada di luar kediaman. 6.Sebarang permasalahan yang timbul, boleh menghubungi dengan segera di talian : -Yang di-Pertua BKPPPM, Mohamad Sarkawi bin Mohmad Saleh : +2014-4647373 -Ketua Ops Keselamatan BKPPPM, Mohammad Hafiz bin Ab

Suami dan Facebook Isteri

Image
Gambar Hiasan Soalan: Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah: 1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya? 2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan muhrim walaupun atas dasar berkawan? 3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk mejadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan muhrim melalui jaringan social atau email seperti diatas? 4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaring

Makluman : MSA Ditunda

Image
KAHERAH, 27 Nov - Makluman kepada semua ahli HEWI PMRAM 2011, Madrasah Saidatina Aisyah( MSA ) tidak dapat dijalankan pada esok hari 26hb dan akan ditunda pada hari Sabtu, bersamaan 3 November ini. MSA yang akan diadakan pada 3hb nanti akan diteruskan dengan diskusi kitab “ Tarbiatul Aulad ” yang akan dibentangkan oleh Saudari Noor Hafizah Samsudin. Beliau merupakan graduan al-Azhar cawangan Iskandariah jurusan Syariah Islamiah dan merupakan isteri kepada Saudara Hairul Nizam Mat Hussin ,mantan Presiden PMRAM. Diskusi kitab akan datang akan dimulai pada Qismu Thani (bahagian dua) iaitu sambungan bagi siri yang kedua pada hari Isnin yang lalu. Sebarang maklumat, sila layari Facebook PMRAM Pusat atau Blog HEWI PMRAM dan laman Web Rasmi PMRAM bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan MSA dari masa ke semasa.Wallahua’lam.   Sumber : HEWI PMRAM

Serangan zionis di Khan Yunus dan Nuseirat

Image
GAZA - Pesawat tempur rejim zionis menyasarkan dua serangan udara di Khan Yunus dan Nuseirat awal pagi ini. Serangan udara yang pertama, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan dua serangan peluru misil ke atas sebuah rumah kaca pertanian (untuk tanaman) di utara bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza. Sebelum ini, rumah kaca pertanian yang terletak berhampiran kilang simen Abu Taha di utara Khan Yunus telah diserang lima peluru misil lantas mengakibatkan terjejas teruk dan tidak dilaporkan sebarang kecederaan. Dalam serangan kedua, pesawat pengintip zionis tanpa pemandu pula menyerang sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan Az-Zahra'. Sumber menyatakan, kedudukan rumah tersebut betul-betul berada di belakang menara bandar Az-Zahra' di sebelah barat Mukhayyam Nuseirat, Gaza Tengah. Berikutan kedua-dua serangan udara zionis di Semenanjung Gaza awal pagi ini, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan dinyatakan. Balas serangan roket Sedemikian itu, radio penjajah me

MESIR...SERU JUTAAN BERKUMPUL DI TAHRIR ESOK

Image
TAHRIR - Digelar Gabungan Revolusi Belia dan Gerakan 6 April supaya bersama dalam barisan hadapan perhimpunan aman di Medan Tahrir, Ahad 28/11/2011. Bantahan menuntut menamatkan dasar-dasar junta tentera dalam pengurusan negara. Gabungan jutaan orang tersebut bertujuan untuk mendesak antaranya pendakwaan segera terhadap mereka yang terlibat membunuh penunjuk perasaan, "tidak kira apa jawatan dia." Juga desakan supaya membentuk sebuah kerajaan keselamatan nasional bertanggungjawab penuh menguruskan baki tempoh peralihan kuasa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera terhadap politik negara dan pembangunan ekonomi negara. Keputusan gabungan juga menolak kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Kamal yang merancang untuk melakukan penyusunan semula secara penuh terhadap Kementerian Dalam Negeri termasuk penyelesaian sektor keselamatan, juga memastikan perbicaraan dibuat terhadap tangan-tangan yang bertanggungjawab menumpahkan darah rakyat Mesir. DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS

MESIR MELANJUTKAN BANTAHAN ANTI-TENTERA.

Image
TAHRIR - Penunjuk perasaan terus menekan Majlis Tertinggi Tentera supaya menamatkan pemerintahan dan menolak pelantikan Perdana Menteri baru, Kamal Ganzouri, yang dilantik dua hari sebelum pilihanraya. Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke bangunan Parlimen seawal pagi bagi membantah perlantikan tersebut. Polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata. Saksi melaporkan sekurang-kurangnya 4 orang cedera. Penunjuk perasaan mendesak Majlis Tertinggi Tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada pemerintahan secara demokrasi. Jumaat lalu, berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berkumpul mendesak Majlis Tertinggi Tentera menamatkan kuasa pemerintahan dengan segera. Kemelut politik dan keganasan ini berlanjutan apabila pihak berkuasa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berhenti dalam masa yang terdekat. Sebaliknya, mereka memberi tindak balas dengan menjanjikan perlantikan seorang presiden baru pada pertengahan 2012. Dalam satu kenyataan media, Kamal

Maal Hijrah : HEWI PMRAM Berkongsi I'brah

Image
Kaherah, 25 Nov -Sempena meraikan hari kebesaran islam yang julung kalinya disambut setiap tahun,seluruh barisan kepimpinan HEWI PMRAM telah menerima jemputan dari BKAN angkat masing-masing untuk memberi pengisian mengenai sambutan Maal Hijrah 1433 H. Antara pengisian yang telah dijalankan di setiap BKAN ialah bacaan doa awal dan akhir tahun, solat hajat serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh hewi angkat masing-masing. Seluruh kepimpinan HEWI PMRAM telah mengingatkan kepada seluruh ahli di BKAN supaya mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w yang mana setiap perbuatan atau amalan yang menuju ke arah kebaikan ianya di kira sebagai hijrah. Ini juga merupakan salah satu langkah dalam mengetengahkan HEWI PMRAM pada tahun ini. Harapan di peringkat seluruh ahli HEWI PMRAM agar turut sama menjayakan agenda pembangunan mahasisiwi bertepatan dengan pembawakan HEWI PMRAM pada tahun ini di bawah subtopik " Jana Thaqafah Gilap Mahabb

Video Kempen 3 Serangkai

Image
Kempen 3 Serangkai : Bait Mithali, Biah Solehah & Boikot Keluaran Pro-Israel.

MISI IN-TEAM & USRAH GABUNGAN BERJAYA

Image
Ustaz Shahrizan KAHERAH,25 NOVEMBER - Satu lagi aktiviti secara bulanan yang dianjurkan oleh 4 biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Dakwah, Biro Perumahan dan Biro Ekonomi. Program yang dinamakan IN-TEAM dan merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya diadakan sebagai pengisian secara bulanan. Khasnya pada kali ini ianya bekerjasama dengan Jabatan Fasilitator dalam usaha menjayakan Usrah Gabungan. Alhamdulillah secara keseluruhannya ianya berjaya. Program ini bermula dengan alunan burdah yang diketuai oleh Saudara Nuruddin Bin Amiruddin yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKPPPM sesi 2011/12. Seterusnya majlis diteruskan dengan slot motivasi kecemerlangan yang disampaikan oleh Mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2010/11 yang sekarang ini merupakan Penasihat bagi BKAWM iaitu Saudara Mohammad Adlly Mohammad Bokhari. Pembawakan yang dibawa oleh penceramah motivasi sangat kreatif dan penuh bersemangat sekali. Mudah-mudahan

Badan Saidina Abu Bakar R.A Seharum Kasturi

Image
Ketika ramai orang bertanya kepada Saidina Abu Bakar: " Kami selalu mencium bau harum kasturi dari tubuhmu sedangkan kamu tidak memakai kasturi. Apakah yang menyebabkan dirimu menjadi seharum kasturi?" Saidina Abu Bakar menjawab, " Demi Allah, sudah bertahun aku tidak memakai kasturi tetapi bau harumnya bagaikan sebati dalam diriku. Mereka bertanya bagaimana boleh terjadi hal sedemikian.  Lalu Abu Bakar Al-Miski pun menceritakan peristiwa di sebalik keharuman kasturi itu. Pada suatu hari, ada seorang wanita yang melakukan tipu daya terhadapku sehingga aku masuk ke dalam rumahnya. Ketika aku berada di dalam rumahnya, dia menutup semua pintu dan jendela rumahnya seraya menggodaku untuk melakukan maksiat. Aku kebingungan dan tidak tahu bagaimana harus melarikan diri. Lantas aku bertanya  wanita itu, " Aku ingin ke tandas untuk berhadas".  Lalu wanita tersebut memerintahkan pembantunya untuk menghantarku ke tandas. Sesudah berhadas, aku pun

Tazkirah Maal Hijrah oleh HEWI Angkat Pulau Pinang.

Image
Jumaat, 25 November baru-baru ini bertepatan dengan awal Muharram sekali lagi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menerima kunjungan HEWI Angkat Pulau Pinang, Ustazah Kamilah bt Che Razali. Pada kali ini, kehadiran Ustazah Kamilah sebagai pentazkirah bersemperna Sambutan Maal Hijrah kali ke 1433 H. Di dalam tazkirahnya yang dipengerusikan oleh Saudari Sarinah bt Abdullah, Ustazah Kamilah menyentuh dan mengupas berkaitan peng'islah'an dan penghijrahan yang di tuntut oleh Islam untuk diamalkan oleh segenap umat Islam khususnya pada zaman sekarang. Semoga ahli BKPPPM dapat mengambil manfaat dan pengajaran yang telah disampaikan oleh Ustazah Kamilah di dalam tazkirahnya untuk dijadikan pedoman dan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tidak dilupakan juga atas kehadiran BP Angkat pada malam yang sama, Ustaz Ahmad Daniel b Mohmad Hassan bersama zaujahnya, Ustazah Herlina bt Syarial. Kami diperingkat BKPPPM begitu gembira dengan kehadiran BP dan HEWI Ang

MESIR : MAJLIS TENTERA MESIR MENAMAKAN GANZOURI SEBAGAI PERDANA MENTERI

Image
MESIR - Pegawai Pemerintah Majlis Tentera Mesir melantik Kamal Ganzouri sebagai perdana menteri Mesir bertujuan membentuk sebuah "kerajaan keselamatan nasional" bagi menggantikan ahli kabinet yang akan meletakkan jawatan minggu ini. Ganzouri mengesahkan perlantikannya kepada Reuters melalui telefon. "Segala-galanya akan diputuskan kemudian," katanya, menolak untuk memberikan sebarang maklumat berkenaan siapa yang akan dilantik dalam kabinet baru beliau. Pembentukan kerajaan keselamatan nasional merupakan salah satu permintaan daripada penunjuk perasaan yang menginginkan supaya pemerintahan tentera ditamatkan. Bantahan mereka menentang Majlis Tentera yang mengambil alih kuasa setelah Presiden Hosni Mubarak dipecat. Bantahan ini telah berterusan selama 8 hari termasuk Jumaat ini. DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011 Sumber : We Care for Islam

Mesir:Sabotaj Letupan Saluran Paip Yang Membekalkan Gas Mesir Ke Israel

Image
Menurut agensi berita MENA telah melaporkan tindakan sabotaj meletupkan saluran paip yang membekalkan gas kepada Israel kira-kira 60 km (37 batu) barat bandar Mesir Al-Arish pada hari ini (Jumaat-25/11/11).Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa letupan itu telah menyebabkan sedikit kerosakan dan api tidak dapat dinyalakan kerana gas tidak mengalir melalui saluran paip ketika kerja pembaikan dari serangan sebelumnya. Setakat ini, tiada laporan kecederaan. Saluran tali paip yang membawa gas melalui Sinai ke Jordan dan Israel telah diserang sebanyak tujuh kali pada tahun ini. Serangan pertama telah dilakukan semasa revolusi kebangkitan besar-besaran yang menjatuhkan kekuasaan Presiden Husni Mubarak pada Februari yang lalu. Serangan terakhir telah dilakukan 2 minggu yang lalu apabila dua letupan melanda seksyen saluran paip yang sama. Tentera telah dikerah untuk memantau tempat letupan. Penghantaran gas kepada Israel telah dipersetujui Mubarak telah mendapat krtikan

Selamat Berjuang Kepada Kepimpinan Baru GAMIS

Image
KAHERAH , 26 Nov - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) merakamkan ucapan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru GAMIS yang diisytiharkan pada hari ini .   Pengisytiharan kepimpinan baru GAMIS itu dilakukan di dalam Muktamar GAMIS yang berlangsung semalam (25 November) dan berakhir pada petang hari ini (26 November), di Bangi , Selangor .   Kepimpinan baru GAMIS akan diterajui oleh Saudara Akram Ikrami Taib Azamuddin yang merupakan Presiden GAMIS sesi 2012.   " Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru GAMIS yang menggalas amanah perjuangan mahasiswa Islam di Malaysia. PMRAM mengharap agar jalinan hubungan baik yang telah terbina antara PMRAM dan GAMIS akan berterusan dalam konteks pembangunan mahasiswa ke arah yang lebih baik ," ujar Presiden PMRAM , Saudara Muhamad Zuhaili Saiman .   Sumber : PMRAM

Solat Hifzi Senjata Kekuatan Ingatan

Image
Alhamdulillah...kelmarin telah bermula Solat Hifzi diperingkat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) yang telah diimamkan oleh pelajar Qiraat dari Shoubro iaitu Ustaz Wan Hamidullah. Antara tujuan dilaksanakan Solat Hifzi ini ialah untuk menguatkan ingatan dan hafalan dalam proses menghadapi fatrah imtihan nanti. InsyaAllah, Solat Hifzi ini akan dilakukan selama 5 minggu berturut-turut pada setiap hari khamis selepas solat Maghrib. Semoga segala usaha yang lakukan ini mempunyai hikmah dan ganjaran di sisi Allah untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beribadat. Ibadat Yang Mulia Menjanjikan Natijah Yang Sempurna.

Majlis Fatwa : Parameter Pelaburan Emas

Image
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut: Harga Belian (al-Thaman) 1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Barang Belian (al-Muthman) 2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tid

Dr. Yusuf Al-Qaradawi di Al-Azhar sertai kempen bela Al-Aqsa

Image
Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut menyertai 'Jumaat Al-Aqsa' di Masjid Al-Azhar hari ini dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds (BaitulMaqdis). Sumber dari kempen berkenaan berkata, penduduk Mesir dijemput solat di Masjid Al-Azhar Sharif sebagai bantahan kepada tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas Masjid Al-Aqsa dan BaitulMaqdis (Al-Quds) . Berhubung pengyahudian, Pihak Berkuasa Penjajah telah mengeluarkan ketetapan meroboh jambatan Bab Al-Magharibah berkuatkuasa pada esok hari sehinggalah selesai kerja perobohan atas dakwaan kedudukan jambatan tersebut menimbulkan bahaya. Kata Perancang Kempen, Dr.Jamal Abdul Salam bahawa pihak penganjur menyatakan tunjuk perasaan ini akan selalu diadakan agar mesej ini sampai kepada rejim zionis, maknanya masyarakat Mesir, negara Arab yang lain dan umat Islam tidak mel

Syeikh Al-Azhar Harap Polis Tamatkan Keganasan

Image
Syeikh Al-Azhar- Dr Ahmed Al-Tayeb dalam satu kenyataan hari ini menyeru pimpinan polis Mesir mengeluarkan perintah agar menghentika tindakan mengarahkan senjata dan menembak penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik. Beliau juga menggesa agar penunjuk perasaan agar mengekalkan demonstrasi aman dan angkatan tentera elakkan konfrontasi antara rakyat. Menurut Kementerian Kesihatan melalui laporan televisyen Al-Arabiya, keganasan yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut, manakala 3 orang terbunuh pada hari Rabu. Al-Azhar juga menyeru pemuda yang berada di Tahrir dan semua penguasa di Mesir untuk mengekalkan keamanan dalam revolusi ini, walaupun mereka perlu berkorban dan menghadapi kesukaran untuk melindungi semua harta awam dan swasta.   Sumber : We Care for Islam

SENARAI AYAT-AYAT YANG BOLEH DIGUNAKAN KETIKA KECEMASAN

Image
Sebagai langkah penjagaan diri, berikut merupakan beberapa perkataan penting yang boleh digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan semasa berada di luar: 1. حرامي - Pencuri!! 2. ساعدني - Tolong aku!! 3. هو مسح جسدي - Dia telah pegang tubuh badan aku. 4. حرام عليك - Haram ke atas kamu!! 5. إبعد عني - Jauhkan diri daripada aku. 6. إحفظ - Jaga-jaga. 7. بلطجية هنا - Samseng di sini!! 8. خلي بالك - Ambil perhatian! 9. أنا في الخطير - Aku dalam keadaan bahaya!! 10. إحتراس - Berwaspada. 11. لا تزعجها - Jangan kamu ganggu dia. 12. ده عيب, انت عرف ولا يه - Ini aib, kau tahu atau tidak! DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011 Sumber : We Care for Islam

Villa Mutiara

Image
Villa Mutiara untuk tempahan.

Jom ke Kuliah & Sifar Rosib

Image

Take a Book and Read

Image

PMRAM Di Rancangan "Assalamualaikum" TV Al-Hijrah

Image
KAHERAH , 24 Nov - Mengenai situasi semasa politik Mesir yang melanda , mendapat perhatian ramai pihak terutama di Malaysia dalam mengetahui informasi terkini kerana ia berkaitan dengan isu kebangkitan di Tanah Arab serta kondisi keselamatan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa / wi Malaysia di Mesir . Baru-baru ini , PMRAM telah mendapat jemputan daripada pihak media TV Al-Hijrah   untuk bersiaran langsung menerusi panggilan untuk memberikan informasi semasa mengenai politik Mesir . PMRAM akan bersiaran langsung dengan TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum pada 25 November ini sehingga 27 November ini , iaitu Jumaat ( esok ) sehingga Ahad ini . Rancangan tersebut akan disiarkan berdasarkan tentatif tersebut : - 25 Nov, Jumaat : Jam 9 pagi (Malaysia)  : bersama Timbalan Presiden , Saudara Abdul Aziz Ali - 26 Nov, Sabtu : jam 10 pagi (Malaysia)   : bersama Timbalan Presiden

Media Elektronik Medium Dakwah Interaktif

Image
Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini. Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial medan. Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsol permainan, komputer, telefon dan lain-lain. Media elektronik berlawanan dengan media cetak. Kesempatan ini, p