MESIR MELANJUTKAN BANTAHAN ANTI-TENTERA.

TAHRIR - Penunjuk perasaan terus menekan Majlis Tertinggi Tentera supaya menamatkan pemerintahan dan menolak pelantikan Perdana Menteri baru, Kamal Ganzouri, yang dilantik dua hari sebelum pilihanraya. Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke bangunan Parlimen seawal pagi bagi membantah perlantikan tersebut. Polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata. Saksi melaporkan sekurang-kurangnya 4 orang cedera.

Penunjuk perasaan mendesak Majlis Tertinggi Tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada pemerintahan secara demokrasi. Jumaat lalu, berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berkumpul mendesak Majlis Tertinggi Tentera menamatkan kuasa pemerintahan dengan segera.

Kemelut politik dan keganasan ini berlanjutan apabila pihak berkuasa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berhenti dalam masa yang terdekat. Sebaliknya, mereka memberi tindak balas dengan menjanjikan perlantikan seorang presiden baru pada pertengahan 2012.

Dalam satu kenyataan media, Kamal Ganzouri menyatakan kesukaran menjalankan tugasannya. Beliau kini merancang untuk membangunkan semula ekonomi negara selepas mata wang negara tersebut jatuh ke nilai paling rendah dalam tempoh tujuh tahun.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL