Posts

Showing posts from July, 2012

IHYA' TARBAWI RAMADHAN PMRAM [ IHTIRAM ]

Image
IHYA' TARBAWI RAMADHAN PMRAM [ IHTIRAM ]

SALAM RAMADHAN

Image
SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA AHLI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR [ BKPPPM ]

MERAIH KETAQWAAN DI BULAN RAMADHAN

Image
Ketakwaan kepada Allah Azzawajalla merupakan asas gelombang kekuatan, asas bagi cahaya dan asas bagi pemberian sumbangan atau pengorbanan. Ketakwaan kepada Allah S.W.T sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang hak dengan yang batil. Allah akan menjadikan satu cahaya kepada mereka yang bertakwa dan dengan cahaya tersebut mereka berjalan dikalangan manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah yang mereka bawa dan bersinarkan dengan nur tersebut. Di dalam A-Quran Allah S.W.T telah berfirman : " يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَءَامِنُواْ بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ لِّئَلاَّ يَعْلَمَ أَهْلُ الْكِتَـبِ أَلاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَىْءٍ مِّن فَضْلِ اللَّهِ وَأَنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ" Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan t

Carnival Of Knowledge [College’12]

Image
KAHERAH, 19 Julai,Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sekali lagi dapat menganjurkan aktiviti tahunan iaitu Minggu Thaqafah yang diberi nama “Carnival Of Knowledge,College’12”. Program ini seperti kebiasaan berlangsung selama 3 hari, bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang. Pelbagai pengisian menarik yang disajikan kepada ahli dan bukan ahli dalam program ini. Pengisian tersebut ialah Perbentangan Isu Syiah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Bin Karim. Kemudian diikuti dengan slot Talkshow Demokrasi & Pilihanraya. Penyampai yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zuhaili Bin Saiman. Pada sebelah malam pula, slot perbentangan kertas kerja oleh Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain yang bertajuk “Isu Murtad dan Hukumannya Di Dalam Hukum Hudud. Pada hari yang kedua, dimulai dengan slot perbentangan Fiqh Khamsah yang disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Ridwan. Satu kelainan yang dibuat pada program kali ini, diadakan Debat Politik Dan Mahasiswa. Pendeb

Satu Kemenangan Buat Umat Islam di Syiria!

Image
Allahu Akbar! Operasi syahid Mujahidin tewaskan menteri pertahanan rejim Assad dan saudara ipar Assad Menteri Pertahanan rejim Syi'ah Nushairiyah dan wakilnya Asif Syawkat-saudara ipar Bashar Assad-tewas hari ini, Rabu (18/7/2012), dalam operasi syahid Mujahidin di Damsyik, berdasarkan laporan tv nasional Syria. Menurut laporan yang disiarkan UmmaNews, As Syahid (insyaAllah) melakukan amaliyat Istisyhadiyah di bangunan Keselamatan Nasional rejim Alawiyah itu, Allahu Akbar. Pada saat itu, di bangunan itu, sedang digelar pertemuan antara menteri dan sejumlah kepala keselamatan negara. Kemudian tiba-tiba bangunan itu dihentam oleh operasi syahid Mujahidin Syam. "Ledakan 'pengganas' menyasarkan bangunan keselamatan negara di Damsyik, yang terjadi pada saat sebuah pertemuan para menteri dan sejumlah kepala badan keselamatan," lapor tv nasional Syria. As Syahid, dengan izin Allah, berjaya menyusup ke bangunan itu dan meletupkan diri di dalamnya, hingga menye

Ops Bersih Tarik Perhatian Akhbar Soutul Azhar Dan Rektor Al-Azhar

Image
KAHERAH, 15 JULAI 2012 -- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini melancarkan kempen Ops Bersih Mesir '12 secara serentak di Kaherah dan seluruh cawangan-cawangan pengajian yang menempatkan pelajar Malaysia di seluruh Mesir iaitu Iskandariah, Damanhur, Tanta, Dumyat, Mansurah, Zaqaziq dan Shoubra. Kempen yang dilancarkan itu sebagai menyahut seruan manifesto Presiden Mesir 2012, Dr. Muhammad Mursi yang telah menggariskan 5 perkara yang akan diselesaikan di bawah pentadbirannya dalam tempoh 100 hari setelah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir baru, iaitu : -Keselamatan yang adil dan undang-undang -Memastikan kelancaran lalu lintas -Membersihkan sampah sarap di jalanan dan memulihkan keadaan biologi -Memberikan royalti roti yang berkualiti dan sihat untuk rakyat -Mendapat bantuan bahan bakar daripada sumbangan republik Selesai pembersihan di hadapan Rumah Negeri Pulau Pinang dan Wilayah. PMRAM sebagai sebuah NGO yang berdaftar di bawah Kementerian Perpa

OPTIMIS KITA YANG HILANG?

Image
 Imam Abu Muhammad Al-Juwaini dari Syafi’iyyah iaitu bapa Imam Al-Haramain antara ulamak-ulamak terawal yang pernah menulis tentang kewaspadaan terhadap sikap was-was. Demikian walaupun mazhab Syafi’i dianggap sebagai mazhab yang paling keras dalam soal bersuci dan najis jika dibandingkan dengan tiga mazhab yang lain. Didapati, para Syafi’iyyah tetap juga menyelar sikap was-was ini yang dianggap sebagai pelampauan dalam beragama serta berusaha mengembalikan golongan yang dimusibahi sikap ini ke daerah kesederhanaan. Imam Nawawi ada memetik tulisan beliau, “Dalam kitabnya, At-Tabsirah, Syeikh Abu Muhammad menyelar keras sikap sesetengah orang yang enggan memakai pakaian yang baru kecuali setelah ia dicuci. Demikian kononnya ditakuti pengusaha pakaian tersebut tidak cermat dalam kerja-kerja menyiapkannya. Lalu diandaikanlah pakaian tersebut telah dilempar dalam keadaan lembap ke tempat-tempat yang najis atau telah dikenai perkara-perkara yang dianggap najis tanpa dibasuh sepanjang

BKPJM Diberi Arahan Mengosongkan Pejabat

Image
KAHERAH, 13 Julai 2012 -- Setelah pertemuan diadakan dengan pihak Pengurus Rumah Johor Mesir Tuan Hj Mohd Maulan Asmoni berkenaan isu campak borang pada 3 Julai yang lalu, pihak Pengurus Rumah Johor telah mengeluarkan surat pada tarikh yang sama dengan arahan supaya mengosongkan pejabat rasmi BKPJM. Arahan mengosongkan pejabat tersebut adalah atas cadangan pihak Pejabat Pengurus Asrama untuk pembesaran pejabat pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor di Mesir dengan penambahan beberapa orang pegawai. Justeru, pihak BKPJM melalui Yang DiPertua BKPJM, Saudara Muhammad Yazid Hanzir telah mengeluarkan surat balas menyatakan tidak bersetuju untuk mengosongkan pejabat rasmi di Rumah Johor, Haiyyu Thamin. BKPJM merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi seluruh anak-anak Johor yang menuntut di bumi Mesir dan telah berdaftar secara rasmi dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Pejabat BKPJM yang sedia ada ini telah diperakui keberadaannya oleh Kerajaan Negeri, MAIJ, dan YPJ

Minggu Thaqafah - CARNIVAL OF KNOWLEDGE [ COLLEGE ]

Image
Minggu Thaqafah - KARNIVAL OF KNOWLEDGE [ COLLEGE ] PROGRAM MEGA THAQAFAH YANG MENJANJIKAN KESERONOKAN & KEPUASAN. SEMUA DIJEMPUT HADIR! *sila download untuk paparan lebih jelas.

GOTONG-ROYONG PERDANA - MENJAYAKAN MANIFESTO PRESIDEN MESIR

Image
...InsyaALLAH, esok, Ahad, 15 Julai 2012 jam 6.00 pagi-8.00 pagi akan diadakan... ... GOTONG-ROYONG PERDANA... ...sebagai tanda sokongan kita menjayakan... ...MANIFESTO PRESIDEN MESIR... " Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan "

PMRAM Sahut Manifesto Presiden Mesir

Image
KAHERAH , 3 JULAI 2012 : -- Badan Pengurus PMRAM 2012 telah menjalankan aktiviti membersihkan sampah sarap sekitar halaman luar pejabat PMRAM dan kawasan yang berhampiran dengannya .   Aktiviti ini bagi menyahut salah satu manifesto kerajaan   Mesir   baru yang dipimpin oleh Presiden Mesir 2012, Dr. Muhammad Mursi iaitu membersihkan sampah sarap di jalanan .   Setelah   setahun berlalunya   Revolusi 25 Januari , Mesir telah menerima Presiden baru Dr. Muhammad Mursi yang merupakan seorang pakar   di dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi   dan   jua seorang penghafal al-Quran.   Dr. Muhammad Mursi mengumumkan 5 manifesto Presiden Mesir yang akan diselesaikan dalam   tempoh  100 hari , manifesto berikut adalah  ;   -Keselamatan yang adil dan undang-undang -Memastikan kelancaran lalu lintas -Membersihkan sampah sarap di jalanan dan memulihkan keadaan biologi -Memberika

Jenayah Syiah di Lubnan

Image
Masihkah Kita Ingat? Pada 22 Jun 1976 di Tal Za'tar, Lubnan pernah berlaku satu pembunuhan besar-besaran di mana pasukan tentera haluan kanan Lubnan yang berfahaman Syiah telah membunuh lebih 3000 orang rakyat Palestin di khemah tersebut yang turut dibantu oleh tentera regim Asad. Menurut sumber, beberapa minggu sebelum serangan dan pembunuhan tersebut, semua bekalan api dan air termasuk makanan telah disekat daripada masuk ke dalam khemah-khemah berkenaan. Keadaan sangat menyedihkan sehingga mangsa-mangsa serangan yang masih hidup terpaksa memakan bangkai anjing, kucing malah mayat semata-mata mahu mengelakkan diri daripada mati akibat kebuluran. Sebenarnya amat banyak kejadian sedih dan menyayat hati seperti ini jika mahu kami sebut semuanya, seperti kejadian Shabra, Shatila, Hama dll. Dan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang, ia mengulangi kekejaman yang telah dilakukan oleh regim Syiah kepada Sunni. Sumber :  Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria's Page  

Pemangkuan Bendahari Agung BKPPPM

Image
Sharifuddin Bin Fuat Selamat Kembali ke Malaysia Ust   Sharifuddin Bin Fuat Ribuan terima kasih kami rakamkan kepada Ust Let (nickname) selaku Bendahari Agung BKPPPM yang telah banyak membantu dan berjasa kepada kita semua. Semoga berbahagia disisi keluarga tercinta. Dengan itu, Bendahari Agung BKPPPM sesi 2011/2012 akan dipangku oleh Ust.Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki   Az Zikr   (Setiausaha Agung BKPPPM). Muhammad Zikri Bin Mohamad Zaki

Pertandingan Badminton [ Beregu Lelaki ]

Image
JOM SERTAI KAMI!! JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN!!

Mayat Juruterbang Pesawat Jet Yang Diserang Pihak Syria Ditemui

Image
Angkatan bersenjata Turki melaporkan pada hari Rabu, mayat 2 orang juruterbang pesawat jet F-4 yang ditembak jatuh oleh Syria bulan lepas di dasar laut Mediterranean telah ditemui dan sedang berusaha untuk mengambil mayat tersebut. "Mayat tersebut berada dalam dasar laut dan usaha untuk membawa mereka ke permukaan sedang dijalankan," kata seorang tentera Turki dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web. Juruterbang tersebut dikenal-pasti sebagai Tentera Udara Kapten Gökhan Ertan dan Tentera Udara Leftenan Hasan Huseyin Aksoy. Pasukan tentera Turki tidak menyatakan di mana mayat ditemui, tetapi terdapat laporan mengatakan bahawa juruterbang diusir dari pesawat. Tentera Turki telah menjalankan operasi mencari sejak peawat jet jatuh pada 22 Jun lalu dan minggu ini Turki akan membawa kapal khusus untuk mengambil mayat, kira-kira 1,000 meter di bawah air. Kenyataan itu menegaskan bahawa kedua-dua tempat duduk F-4 Phantom telah ditembak di ruang udara antarabang

Hukum Tidak Melaksanakan Hudud Dan Non-Muslim Yang Menghalang Perlaksanaan Hudud

Image
Hudud dari sudut bahasa ialah sempadan, batasan atau larangan. Sehubungan itu istilah hudud adalah luas, kesemua yang disuruh serta larangan dalam Islam merupakan hudud Allah SWT iaitu batasan yang manusia tidak boleh melampaui serta mencerobohnya. Disebabkan itu mereka yang tidak mengikut batasan-batasan dalam Islam disebut sebagai orang yang melampaui batas. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Demikianlah hudud (yang dinyatakan oleh) Allah maka jangan kamu melampauinya.” - Surah Al-Baqarah : 229 Hudud dari sudut syarak ialah sebagaimana menurut majoriti ulama ialah hukuman yang telah ditentukan oleh syarak, samada ia melibatkan hak Allah atau hak hamba. Menurut Mazhab Hanafi pula ialah hukuman yang ditentukan bersifat wajib dilaksanakan kerana ia merupakan hak Allah SWT. Namun begitu, kedua-dua pihak bersepakat bahawa hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan oleh syarak. Dan penentuan tersebut merupakan tetap dan wajib dilaksanakan tanpa mengubahnya serta menggantikan

IKHWAN DAN SALAFI SETUJU AL-AZHAR KEKAL RUJUKAN UMAT ISLAM

Image
Sebelum ini kita digembar-gemburkan bahawa terdapat usaha golongan Salafi dan Ikhwan Muslimin yang mahu menggugat Al-Azhar. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut meleset sama sekali apabila semalam wakil Ikhwan dan Salafi bersetuju bahawa Al-Azhar akan kekal sebagai rujukan di Mesir. Semalam bertarikh 4 Julai telah berlangsung pertemuan antara dua aliran Islam iaitu gerakan Ikhwan Muslimin dan Dakwah Salafiyah bersama wakil Al-Azhar. Pertemuan tersebut dikendalikan sendiri oleh Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib dengan dihadiri oleh Dr. Yasir Burhami dan Abdul Mun'im Syahatah mewakili Dakwah Salafi, Dr.Abdur Rahman Al-Bar (anggota Maktab Irsyad Ikhwan) mewakili Ikhwan Muslimin, Dr. Muhammad Abdul Fudhail Al-Qusi (Menteri Wakaf), Dr.Husain Hamid (Rektor Universiti Islam), Dr.Muhammad 'Imarah, Dr.Nasr Farid Wasil, Dr.Hasan Syafie, Dr.Abdul Daim Nasir dan Muhammad Abdus Salam (Penasihat Undang-Undang Syeikh Al-Azhar). Mereka duduk bersama bagi membincangkan kesepakatan golon

Nisfu Sya'aban

Image
Salam Nisfu Sya'aban Semoga kita beroleh keberkatan daripadanya. Ameen.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Image
Persoalan mengenai adakah malam nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tertentu dan adakah terdapat larangan untuk menghidupkan malam tersebut merupakan perkara khilaf di kalangan para ulama’. Namun begitu khilaf yang berlaku bukanlah untuk menimbulkan kepada perpecahan umat Islam. Mengenai persoalan di atas, MANHAL PMRAM membawa fatwa yang diberikan oleh Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir yang menyatakan harus menghidupkan malam Nisfu Syaaban kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang istimewa. Hujah-hujah yang diberikan dalam fatwa beliau ialah : 1- Terdapat hadis Nabi SAW yang menerangkan berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban, antaranya ialah hadis yang Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata