Mayat Juruterbang Pesawat Jet Yang Diserang Pihak Syria Ditemui

Angkatan bersenjata Turki melaporkan pada hari Rabu, mayat 2 orang juruterbang pesawat jet F-4 yang ditembak jatuh oleh Syria bulan lepas di dasar laut Mediterranean telah ditemui dan sedang berusaha untuk mengambil mayat tersebut.

"Mayat tersebut berada dalam dasar laut dan usaha untuk membawa mereka ke permukaan sedang dijalankan," kata seorang tentera Turki dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web.

Juruterbang tersebut dikenal-pasti sebagai Tentera Udara Kapten Gökhan Ertan dan Tentera Udara Leftenan Hasan Huseyin Aksoy. Pasukan tentera Turki tidak menyatakan di mana mayat ditemui, tetapi terdapat laporan mengatakan bahawa juruterbang diusir dari pesawat.

Tentera Turki telah menjalankan operasi mencari sejak peawat jet jatuh pada 22 Jun lalu dan minggu ini Turki akan membawa kapal khusus untuk mengambil mayat, kira-kira 1,000 meter di bawah air.

Kenyataan itu menegaskan bahawa kedua-dua tempat duduk F-4 Phantom telah ditembak di ruang udara antarabangsa oleh Syria, tetapi bangkai pesawat pejuang yang diserang belum dapat dikesan.

Hubungan antara Ankara dan Damsyik menjadi renggang selepas Syria menembak jatuh Pesawat peninjau Turki di laut Mediterranean pada 22 Jun.

Peristiwa ini telah menunjukkan kekerasan di antara negra jiran, yang mempunyai tentera yang dilaporkan berkumpul berhampiran sempadan mereka.

Turki juga telah meningkatkan aktiviti ketenteraan di sepanjang sempadan dengan Syria sejak kejadian itu dan menghantar pesawat jet pejuang F-16 pada tiga hari berturut-turut pada minggu lalu selepas ia mengesan helikopter pengangkutan Syria terbang berdekatan dengan sempadan Turki.

Dalam satu temu bual dengan Cumhuriyet Turki yang diterbitkan pada hari Selasa, Assad berkata mereka tidak ketahui identiti pesawat pada masa itu.

Turki menolak dakwaan ini, berkata pesawat itu tidak bersenjata, tidak menyembunyikan identiti dan diserang tanpa amaran.

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963