Posts

Showing posts from January, 2021

EMPAT PERKARA ASAS DALAM MENUNTUT ILMU

Image
  EMPAT PERKARA ASAS DALAM MENUNTUT ILMU Firman Allah SWT : ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ • خَلَقَ ٱلۡإِنسَنَ مِنۡ عَلَقٍ • ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ • ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ • عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ Maksudnya : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. " (Surah Al-'Alaq : 1-5) Ayat ini menunjukkan bahawa manusia menerima ilmu bermula dengan pendidikan menerusi tulis dan baca. Membaca dan menuntut ilmu menjadi tuntutan kepada kita bukan hanya sekadar mengisi masa lapang dan hobi.   قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة Rasulullah saw bersabda : "Menuntut ilmu wajib bagi muslim lelaki dan muslim perempuan". Menuntut ilmu adalah kewajipan kepada kita sehingga ada yang