Posts

Showing posts from March, 2018

LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18 BKPPPM

Image
LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18 ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya   Bazaria Mutiara’18 telah pun berlangsung selama 5 hari termasuk persediaan bazar yang bermula   pada 17 hb Mac 2018 sehingga 21 Mac 2018 di pekarangan Asrama Pulau Pinang. Bazaria Mutiara’18 pada kali ini bertemakan “Connecting People,Through Food!” yang berobjektif memperkukuh ekonomi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir disamping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKPPPM.   Program bermula dengan aktiviti gotong royong pada 17hb Mac 2018 yang melibatkan semua pelajar BKPPPM ikhwah dan akhawat. Gotong royong Mega yang juga di bawah kelolaan Lajnah Peru

Feminisme & Hari Wanita Sedunia

Image
Feminisme & Hari Wanita Sedunia  Feminisme Dan Hari Wanita Sedunia         Pada era 20 an, telah tercetus revolusi mengangkat martabat wanita daripada diskriminasi setengah aspek seperti pekerjaan,hak-hak mengundi dan lain-lain. Akhirnya, pada tahun 1975, PBB telah menaja Hari Wanita Sedunia sebagai perayaan antarabangsa khas untuk seluruh kaum wanita di dunia yang mana disambut pada setiap 8 Mac. Keadaan Wanita Sebelum Kedatangan Islam  Lipatan sejarah menunjukkan keadaan wanita sebelum kedatangan Islam sangat rendah. Kaum hawa zaman dahulu dinafikan hak mewarisi harta, dianggap sial dan lain-lain yang merendahkan sifat manusiawi seakan harga diri seorang wanita tiada nilainya dan sangat hina. Hal yang demikian, dibuktikan dengan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl (ayat 58-59) : “Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang

The young Turk Revolution and 3 Mac 1924

Image
Bismillahirahmanirahim. خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepada kalian tanda-tanda (azab-Ku), Oleh karena itu, janganlah kalian minta kepada-Ku untuk mendatangkannya dengan segera! [al-Anbiyâ’/21:37] Seluruh dunia hari ini sedang hangat berbicara isu serangan Israel ke atas Palestin, atau Pengeboman di timur Ghoutah, Syria. Dulunya Palestin adalah sebuah wilayah Islam yang dijaga oleh Turki Uthmaniah. Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniah, maka seluruh Negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki ketika itu habis ‘ difara’idkan ’ sesama Negara-negara penjajah. Palestin di masuki oleh Israel. Mesir dijajah oleh Inggeris, Libya dijajah oleh Itali, Afghanistan dijajah oleh Inggeris dan Soviet Union dan sekarang Amerika dan sebagainya. Berikut adalah sedikit sebanyak sejarah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pengkhianatan terbesar ke atas Daulah

AURAT : PENJAGAAN ATAU PERDAGANGAN ?

Image
Aurat : Penjagaan atau Dagangan AURAT : PENJAGAAN ATAU PERDAGANGAN ?       Segelintir muslim hari ini gagal menutup aurat mengikut   kriteria-kriteria yang digariskan oleh Islam. Arus fesyen yang "up to date" menyebabkan masyarakat mengambil mudah akan aurat sehingga ada yang mengabaikannya. Oleh itu, sebagai muslim yang sejati, kita wajib mengikuti corak kehidupan Isam yang sebenar. Apa itu aurat?           Definisi aurat dari aspek penggunaan dalam ilmu Fiqh bermakna setiap anggota yang diharamkan oleh Allah SWT untuk didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak dibenarkan melihat auratnya. Hikmah besar Allah mengharamkan pendedahan aurat di hadapan orang lain kerana ia akan menjatuhkan darjat dan maruah manusia, seolah-olah menyamakan manusia dengan binatang yang tiada perasaan malu dan lansung tidak berpakaian. Hukum menutup aurat           Hukum menutup aurat adalah wajib, sama seperti kewajipan mendirikan solat dan menunaikan zak