Feminisme & Hari Wanita Sedunia


Feminisme & Hari Wanita Sedunia 

Feminisme Dan Hari Wanita Sedunia

        Pada era 20 an, telah tercetus revolusi mengangkat martabat wanita daripada diskriminasi setengah aspek seperti pekerjaan,hak-hak mengundi dan lain-lain. Akhirnya, pada tahun 1975, PBB telah menaja Hari Wanita Sedunia sebagai perayaan antarabangsa khas untuk seluruh kaum wanita di dunia yang mana disambut pada setiap 8 Mac.

Keadaan Wanita Sebelum Kedatangan Islam 

Lipatan sejarah menunjukkan keadaan wanita sebelum kedatangan Islam sangat rendah. Kaum hawa zaman dahulu dinafikan hak mewarisi harta, dianggap sial dan lain-lain yang merendahkan sifat manusiawi seakan harga diri seorang wanita tiada nilainya dan sangat hina. Hal yang demikian, dibuktikan dengan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl (ayat 58-59) :

“Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.
Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”

Islam Memuliakan Wanita

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا ۖ وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”
(An_Nisa :19)
Al-Mughirah bin Syu’bah, bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian derhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, menolak untuk memberikan hak orang lain (dan menuntut apa yang bukan haknya), dan Allah membenci bagi kalian banyak menukilkan khabar-khabar angin (yang belum dipastikan kebenarannya), banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.” (Riwayat Muslim)


Islam telah mengangkat martabat wanita pada kedudukan yang tinggi dan memberi penghormatan mulia. Islam memberikan hak-hak kepada wanita seperti pemeliharaan mutiara yang indah. Kemuliaan yang diberi sebagai satu aset dalam mencetak generasi yang terdidik dengan acuan Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, Islam menggariskan beberapa metode penjagaan terhadap kaum hawa bagi melindungi daripada terjebak dengan fitnah duniawi. Penjagaan tersebut bukanlah kongkongan, akan tetapi merupakan satu keunggulan yang mesti dipelihara.

Islam tidaklah menghalangi kaum wanita untuk bergerak aktif dalam pelbagai lapangan kerja.
Firman Allah :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah : 71)

Ayat di atas menunjukkan bahawa wanita juga terlibat dalam medan gerak kerja dakwah.

Walaupun kaum hawa terlibat dalam medan dakwah yang penuh dengan tribulasi dan mehna. Keadaan tersebut tidaklah menjadi alasan untuk mengugurkan batasan syarak yang telah ditetapkan.

Era globalisasi yang menuntut kepada wanita untuk berada pada semua bidang mencetus  kepada kesamarataan sehingga mengabaikan acuan Islam.

Pemikiran yang berleluasa ini menyebabkan kaum hawa sendiri merendahkan martabatnya yang telah dimuliakan oleh Islam. Hal yang demikian, dapat kita lihat di merata tempat apabila wanita diguna sebagai peragaan untuk melariskan perniagaan. Selain daripada itu, turut menjadikan wanita sebagai simbol seks.
Keadaan zaman kini seakan mengembalikan kedudukan wanita seperti zaman jahiliyah dahulu.

Akhir tinta, untuk membendung perkara ini daripada merebak serius, kita perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar secara menyeluruh. Firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan..”
(Al-Baqarah : 208 )

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا  
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu..”
(Al-Maidah : 3 )

Datangnya Islam menghilangkan jahiliyah yang ada. Mengapa tidak kita kembali kepada Islam pada jahiliyah moden ini ?. 


Unit Penerangan Dan Informasi | Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 17/18

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL