Posts

Showing posts from August, 2020

MINDA PIMPINAN | MERAIH KEMERDEKAAN HAKIKI

Image
بسم الله الرحمن الرحيم               الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأمبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بهد.   Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am ayat 153: وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu daripada jalan Allah, Itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang kali yang ke 63 tahun ini dan kini Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Jauh daripada peperangan serta api perpecahan yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan ne

HIJRAH BUKAN UNTUK PENDOSA

Image
HIJRAH BUKAN UNTUK PENDOSA Bertepatan dengan tanggal 1 Muharram 1442H, permulaan kalendar tahun baru Islam sering dikaitkan dengan penghijrahan sesuatu kepada yang lebih baik. Benarkah hijrah hanya untuk orang yang banyak dosa? Jawabnya, semua orang boleh melakukan hijrah iaitu bermuhasabah diri dan memperbetulkan mana-mana sikap yang tidak baik dalam diri masing-masing. Hijrah bukan untuk orang yang berdosa atau untuk orang tidak baik atau banduan dalam penjara sahaja, tetapi sebenarnya untuk kita semua yang digelar hamba. Sebaiknya, semak semula dalam diri kita mana yang tidak betul, kita perbetulkan. Mana yang buruk dalam diri, kita perbaiki. Itulah hijrah yang sebenarnya. Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang bersalah itu ialah orang yang cepat-cepat bertaubat (kepada ALLAH)." (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad) Dalam hadis berkenaan, menerangkan setiap anak Adam pasti akan berbuat dosa. Ini bermakna, setiap orang p

MINDA PIMPINAN | HARGAI NIKMAT SIHAT SEBELUM SAKIT

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِالله ِمِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ   .فَيَا عِبَادَ اللهِ أُوصِيكُمْ وَإِيَّايَ نَفْسِي بِتَقْوَى اللهِ  قَالَ اللهُ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ   Firman Allah SWT : وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ(3 Maksudnya : Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.  (Surah Al Asr)  Allah SWT telah mengatakan kepada manusia bahawa manusia itu banyak termasuk da

ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MENGUKUHKAN TAUTAN UKHUWAH

Image
  ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH MENGUKUHKAN TAUTAN UKHUWAH   Tajuk : Memahami Konsep Ukhuwah Islamiyah    Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa.     Ia juga adalah suatu jalinan / perpaduan antara dua hati orang-orang beriman, yang tulus ikhlas, samasama menikmati; suasana kesetiaan dan kejujuran dalam persaudaraan, saling mendahulukan kepentingan saudara, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, senang sama ketawa gembira, susah sama menangis berduka, ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni, menelentang sama menadah embun meniarap sama memamah pasir. Ukhuwah Islamiyah adalah satu tuntutan agama.    Firman Allah S.W.T : إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ    “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”  (Surah Al-Hujuraat: 10)    Firman ini menegaskan bahawa ukhuwah Islamiyah merupakan nikmat suci yang menyinari h

MINDA PIMPINAN | MENGURAI ERTI KEIKHLASAN YANG HAKIKI

Image
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَى مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ ٱلْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلَهَ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْعَلِيْمُ ٱلْحَكِيْم. وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيْمِ. أَمَّا بَعْدُ. Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita. Begitulah ikhlas; tidak nampak di mata tapi bertapak di hati. Zahirnya tidak kelihatan namun nyata wujudnya di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya menerusi Surah Ali-Imran ayat 29 mafhumnya, “(Katakanlah, sungguh jika kamu semua menyembunyikan apa yang ada di dalam dada kamu atau menampakkannya maka Allah akan mengetahuinya)”. Imam Al-Ghazali menyebut di dalam kitabnya Ayyuhal Walad ketika menasihati muridnya: “Engkau bertanyakan kepadaku mengenai ikhlas, maka ikhlas itu engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang

MINDA PIMPINAN | PENYEBARAN ILMU DARI SUDUT PANDANG MAHASISWA ISLAM

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَإِلْهَامَ الْمَلآئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ للّٰهُمَّ اَغْنِنِيْ بِالْعِلْمِ وَزَيِّنِّيْ بِالْحِلْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِالتَّقْوَى وَجَمِّلْنِيْ بِالْعَافِيَةِ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan seisinya, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat naungan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. : يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّ‍َٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (pe