MINDA PIMPINAN | MERAIH KEMERDEKAAN HAKIKI







بسم الله الرحمن الرحيم

              الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأمبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بهد.


 Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am ayat 153:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu daripada jalan Allah, Itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang kali yang ke 63 tahun ini dan kini Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Jauh daripada peperangan serta api perpecahan yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan negara. Namun di sebalik kejayaan dan kenikmatan yang berjaya dikecapi, timbul persoalan adakah definisi kemerdekaan yang kita pegang selama ini adalah erti kemerdekaan yang sebenar ? Dan adakah kita sebagai generasi pemimpin masa hadapan sudah benar-benar memahami erti  sebuah kemerdekaan?

Kemerdekaan adalah suatu nikmat yang sangat diidamkan oleh setiap insan di dunia ini. Manakala penjajahan dan perhambaan pula adalah sesuatu yang menyakitkan. Justeru itu, Islam mengarahkan agar setiap manusia hidup dalam keadaan merdeka.


Kemerdekaan ialah kebebasan yang merupakan keinginan semulajadi seseorang manusia tanpa mengenal bangsa mahupun agama .

Firman Allah SWT :

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

[Surah An-Nisa 75]

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Kebebasan dari segenap aspek kehidupan seorang manusia tidak akan mampu dikecapi melainkan kebebasan yang mematuhi hak Allah SWT kerana Islam adalah satu-satunya agama yang banyak meletakkan manusia kepada hak yang sangat sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri .

Sesuai dengan Firman Allah SWT :

(صِبْغَةَ اللَّهِ ۖ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً ۖ وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ)


[Surat Al-Baqarah 138]

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".


Kebebasan yang diperjuangkan dalam Islam ialah membebaskan manusia daripada kegelapan ilmu yang pernah melanda di seluruh dunia ketika Zaman Nabi lagi . Nabi sendiri yang pada mulanya tidak pandai membaca dan menulis telah ditarbiyyah sendiri oleh Allah SWT secara langsung sehingga menjadi tokoh manusia terulung sepanjang zaman. Islam juga membebaskan manusia daripada kekejaman diktator yang sinonim dengan mimpi ngeri sebuah masyarakat dalam sebuah negara . Hal ini dirakamkan di dalam Al-Quran ;

(وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ)


[Surat Al-Ma'idah 67]

Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.

Islam juga telah berjaya membebaskan manusia daripada sistem perhambaan secara mutlak kepada manusia .Inilah kemerdekaan dari sudut kemanusiaan yang diperjuangkan oleh Islam.


Sebagai kesimpulan, kemerdekaan yang hakiki akan membebaskan jiwanya daripada dunia yang sempit kepada akhirat yang maha luas kerana Islam membebaskan manusia daripada perhambaan kepada manusia yang berbentuk sistem, kekayaan, pangkat dan seumpamanya kepada keluasan rahmat dan ganjaran yang terbentang luas di akhirat kelak.
Semoga kemerdekaan negara ke-63 pada tahun ini bukan sahaja memeperingatkan kita kepada pembebasan daripada cengkaman penjajah, tetapi juga mengingatkan kita untuk terus memerdekakan diri daripada kegelapan sistem dan nilai-nilai songsang barat yang sekian lama menghancurkan negara dan jati diri umat Islam. Ya Allah, peliharalah kemerdekaan negara dan umat ini serta bimbinglah kami kepada agamamu yang benar.


Wallahua’lam


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 Tahun. 

#Malaysia_Prihatin



....................................................................

MUHAMAD SYAMIM BIN DAUD 
(Bendahari Agung, Lajnah Ekonomi BKPPPM 2019/2020)

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“BKPPPM_KeluargaKita”
“Bersama_Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL