Posts

Showing posts from September, 2016

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA (SAHARA ’16)

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA  (SAHARA ’16) KAHERAH- AHAD,19 SEPTEMBER 2016 –Hari Raya Eidul Adha merupakan salah satu hari kebesaran umat islam yang diraikan setiap tahun bagi memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ismail a.s dan ayahndanya Nabi Ibrahim a.s. Di kesempatan itu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan satu program khusus bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang diberi nama Sambutan Hari Raya Eidul Adha (SAHARA ’16). SAHARA ’16 berlangsung selama 6 hari yang bermula pada 7 September 2016 dan melabuhkan tirainya pada 14 September 2016. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disajikan bagi meraikan hari raya Eidul Adha pada tahun ini.Tanggal 7 September, SAHARA’16 telah membuka tirainya dengan pengisian yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Majdi Zakaria mengenai Teori Fiqh Haji dan Umrah dan diteruskan pada hari yang berikutnya dengan Kursus Praktikal  Haji & Umrah yang disampaikan oleh Ustaz Faqrurrozi Abdullah, A

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang) Hari ni cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu bersempena dengan Hari Malaysia. Apa itu hari Malaysia??? Mari kita selusuri sejarah Hari Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pung

AIDILADHA KASIH SAYANG TUHAN

Image
Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan Aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya. Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah S.W.T agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya N

KEMULIAN HARI ARAFAH

Image
Hari Arafah memang salah satu hari istimewa, karena pada hari itu Allah membanggakan para hamba-Nya yang sedang berkumpul di Arafah di hadapan para malaikat-Nya. Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ “Tidak ada satu hari yang lebih banyak Allah memerdekakan hamba dari neraka pada hari itu daripada hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah mendekat, kemudian Dia membanggakan mereka (para hamba-Nya yang sedang berkumpul di Arafah) kepada para malaikat. Dia berfirman, 'Apa yang dikehendaki oleh mereka ini?'” (HR. Muslim, no. 1348; dan lainnya dari 'Aisyah). Oleh karena itulah, tidak aneh jika kaum muslimin yang tidak wukuf di Arafah disyariatkan berpuasa satu hari Arafah ini dengan janji keutamaan yang sangat besar. Marilah kita renungkan hadits di bawah ini, yang