MINDA PIMPINAN | PENYEBARAN ILMU DARI SUDUT PANDANG MAHASISWA ISLAM






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اَللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَإِلْهَامَ الْمَلآئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
للّٰهُمَّ اَغْنِنِيْ بِالْعِلْمِ وَزَيِّنِّيْ بِالْحِلْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِالتَّقْوَى وَجَمِّلْنِيْ بِالْعَافِيَةِ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan seisinya, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat naungan dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانٗا وَيُكَفِّرۡ عَنكُمۡ سَيِّ‍َٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah(sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
[Surah Al-Anfal ayat 29]

Rasulullah S.A.W. bersabda :
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ : تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ. وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ : الْفَمُ وَالْفَرْجُ
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam surga, beliau menjawab, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.” Beliau ditanya pula mengenai perkara yang banyak memasukkan orang dalam neraka, jawab beliau, “Perkara yang disebabkan kerana mulut dan kemaluan.”

5 JALAN MENCAPAI TAQWA YANG DIGARISKAN OLEH DR ABDULLAH NASIH ULWAN:
-Perjanjian(Mu’ahadah)
-Mendekatkan diri kepada Allah(Muraqabah)
-Menilai (muhasabah)
-Hukuman(Mu’aqabah)
-Melawan hawa nafsu (Mujahadah)
Jihad dan Amar Ma'ruf Nahi Munkar (AMNM) adalah istilah yang saling berkait rapat, seakan- akan ia adalah perkara yang sama.

Jihad tidak akan tercapai melainkan dengan asas- asas berikut:

  1. tidak takut pada celaan (عدم الخوف من لومة لئم)
  2. berilmu ( العلم ) 
  3. tidak mencintai dunia (التحرر من حب الحياة)


ASAS TERTEGAKNYA JIHAD.

1. Tidak Takut Celaan Manusia:-

Firman Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

[Surah Al-Ma'idah: Ayat 54]


2. Berilmu dan Tidak Cinta Dunia:-

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

[Surat Al-Mujadilah Ayat 11]

Rumusan Jenis- jenis Jihad.

Jihad menurut Al- Quran dan As- Sunnah terbahagi kepada 5 jenis:
1. Jihad dengan lidah (اللساني)
2. Jihad dengan penyebaran ilmu (التعليمي)
3. Jihad dengan tangan, nyawa (باليد والنفس)
4. Jihad dengan politik (السياسي)
5. Jihad dengan harta (المالي)


JIHAD DENGAN PENYEBARAN ILMU.

Perlu difahami bahawa jihad lisan  ini perlu melalui tiga fasa:

Fasa 1: Penerangan
Fasa 2: Peringatan
Fasa 3: Kecaman

Fasa 1:

بلاغ وبيان حقائق وإقامة حجة
"Menyampaikan, menerangkan, dan memberikan hujah"

Perkara ini merupakan asas perjuangan para Anbiya kemudian diikuti pula oleh orang beriman. 
Firman Allah SWT : 

۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;

Fasa 2:

موعظة وتذكير وتخويف بلطف وشفقة
Memberi pengajaran, peringatan, dan intimidasi dengan bahasa yang baik dan sopan.

Fasa 3:

إن كان مسلما عنفناه، وإن كان غير مسلم بقينا في حدود الجدال بالتي هي أحسن

Sekiranya orang Islam, maka diberikan kecaman (dengan bahasa keras).Sekiranya bukan Islam, maka hendaklah terus berdebat dengan hujah- hujah yang terbaik.

Sabda Nabi SAW:

الكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ، وَالأحمق مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ الأماني.
”Orang yang cerdik adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang bodoh adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah Ta’ala“.


JIHAD DENGAN PENYEBARAN ILMU

Perbezaan jihad ilmu dan jihad lisan.

Seakan- akan  di sana terdapat persamaan antara jihad lisan dan jihad ilmu, namun masih terdapat sedikit perbezaan.


'Jihad Lisan' adalah memerah keringat menggunakan lidah untuk melawan penyelewengan supaya si pelaku kembali atau masuk semula ke dalam ajaran agama.
Adapun 'Jihad Ilmu' pula adalah menggembleng usaha memberikan ilmu, pengetahuan dan didikan
kepada orang yang menjawab seruan Islam.

Boleh jadi keduanya saling berkaitan, namun masih ada beberapa perbezaan.

Firman Allah:

۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ

Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
[Surah At-Tawbah, Ayat 122]

Maka, wajib diwujudkan golongan yang fokus menuntut ilmu agama di setiap tempat, supaya pembudayaan ilmu Islam yang sahih berkekalan dan tidak terputus.


Thaqafah Islam Yang Sempurna.

1️) Ilmu Al-Quran dan Hadis.
2️) Ilmu untuk Memahami Hukum- hakam Dalam Al-Quran dan Hadis.
3️) Sejarah Islam.
4️) Isu Semasa Umat Islam.
5️) Perancangan Musuh.
6️) Ilmu Bahasa Arab.
7️) Manhaj Islam yang Tulen

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
[Surat Ali Imran Ayat 145]



Bersama-samalah kita mendokong dan berganding bahu dalam melaksanakan segala gerak kerja dakwah Islam kerana ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang makin pudar dilaksanakan dan diperkasakan. Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak memberi kesan dan peluang kepada kita mendekatkan diri kepada Allah dan melaksanakan suruhannya serta meninggalkan segala larangannya.


Wallahu’alam.





MUHAMMAD AMIRUL UZAIR BIN MOHD KHAIRI
(Ketua Lajnah Dakwah BKPPPM 2019/2020)

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“BKPPPM_KeluargaKita”
“Bersama_Bersatu”


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963