The young Turk Revolution and 3 Mac 1924







Bismillahirahmanirahim.

خُلِقَ الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepada kalian tanda-tanda (azab-Ku), Oleh karena itu, janganlah kalian minta kepada-Ku untuk mendatangkannya dengan segera! [al-Anbiyâ’/21:37]
Seluruh dunia hari ini sedang hangat berbicara isu serangan Israel ke atas Palestin, atau Pengeboman di timur Ghoutah, Syria. Dulunya Palestin adalah sebuah wilayah Islam yang dijaga oleh Turki Uthmaniah. Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniah, maka seluruh Negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki ketika itu habis ‘difara’idkan’ sesama Negara-negara penjajah. Palestin di masuki oleh Israel. Mesir dijajah oleh Inggeris, Libya dijajah oleh Itali, Afghanistan dijajah oleh Inggeris dan Soviet Union dan sekarang Amerika dan sebagainya. Berikut adalah sedikit sebanyak sejarah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pengkhianatan terbesar ke atas Daulah Islam.

 Kita semua tahu antara sebab kejatuhan empayar Uthmaniah bermula apabila pemerintah gagal membaca strategi musuh atau kealpaan umat islam pada ketika itu pada. Namun jarang kita sebutkan antara punca ataupun sebab utama kejatuhan ialah peranan pemuda yang mencetuskan Revolusi Turki. Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar Khilafah Uthmaniah menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Sejak penolakan ini pula, kekuatan lobi Yahudi mulai bermain keras. Mereka mulai membangkitkan gerakan-gerakan anti Sultan Abdul Hamid II. Antaranya adalah penubuhan Ittihad wat Taraqiy dan Fatat At-Turk (The Young turk) iaitu gerakan pemuda-pemuda Turki yang telah didoktrin dengan fahaman sekular. Keduanya adalah gerakan dan organisasi yang diasuh dan dibesarkan oleh Gerakan Freemasonry di Turki.

  Agenda utamanya adalah menentang dan melakukan pemberontakan ke atas Sultan Abdul Hamid II. Mereka digerakkan oleh mahasiswa Akademi Ketenteraan dan Kedokteran Tentera. Mereka banyak melakukan gerakan rahsia untuk menjatuhkan kekuasaan Sultan Abdul Hamid II dari dalam terutama dari garis tengah tentera. Tahun 189, gerakan ini terbongkar dan Sultan memerintahkan pembubarannya.
Tanggal 4-9 Feb 1902, di Perancis telah berlakunya sebuah konferensi besar dengan agenda meruntuhkan Uthmani. Konferensi ini digerakkan oleh Ittihad wat Taraqiyy. Hasil dari konferensi tersebut, mereka meminta agar Negara-negara Eropah terlibat secara aktif untuk mengakhiri dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II dari Daulah Turki. Bahkan mereka mendakwa diri telah menguasai sebahagian besar kekuatan ketenteraan di Negara Turki, termasuk pimpinan tertinggi ketenteraan, Mustafa Kamal Affandi.

Dengan lantang Ittihad wat Taraqiyy mengatakan akan memimpin Turki dengan idoleogi Revolusi Perancis yang berdasarkan liberte, egalite dan fraternite. Peristiwa ini lebih dikenali dengan peristiwa 13 Mac.
 Pemuda-pemuda Turki yang berangkat ke Eropah saat itu mempelajari semua hal tentang Revolusi Perancis, kecuali satu hal yang tidak dikaji iaitu siapa di belakang Revolusi itu, Lalu pemuda-pemuda sekular Turki ini pulang ke Turki dan bergabung dengan segala pergerakan yang bertujuan untuk meruntuhkan Turki Uthmaniah.

 Usaha mereka secara tidak langsung membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniah secara rasminya pada 3 Mac 1924. Pada mata kasar Golongan Pemuda ini bergerak atas dasar ingin membawa perubahan kepada Kerajaan Turki Uthmaniah. Namun kerana sikap terburu-buru yang inginkan perubahan secara drastik, serta kefahaman yang kurang menjadikan mereka sebagai salah satu di antara sebab-sebab kejatuhan Turki Uthmaniah. Pemuda adalah tentera negara yang paling ampuh seharusnya bijak dalam mengenalpasti peranan serta memahami ilmu secara mendalam agar tidak mudah dipergunakan oleh musuh islam. Sama ada pemuda itu memimpin perubahan ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat ukhuwah teguh Wehdah”
“Fikrah Thaqafah Biah Wehdah”

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963