BKPJM Diberi Arahan Mengosongkan Pejabat

KAHERAH, 13 Julai 2012 -- Setelah pertemuan diadakan dengan pihak Pengurus Rumah Johor Mesir Tuan Hj Mohd Maulan Asmoni berkenaan isu campak borang pada 3 Julai yang lalu, pihak Pengurus Rumah Johor telah mengeluarkan surat pada tarikh yang sama dengan arahan supaya mengosongkan pejabat rasmi BKPJM.

Arahan mengosongkan pejabat tersebut adalah atas cadangan pihak Pejabat Pengurus Asrama untuk pembesaran pejabat pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor di Mesir dengan penambahan beberapa orang pegawai.

Justeru, pihak BKPJM melalui Yang DiPertua BKPJM, Saudara Muhammad Yazid Hanzir telah mengeluarkan surat balas menyatakan tidak bersetuju untuk mengosongkan pejabat rasmi di Rumah Johor, Haiyyu Thamin.

BKPJM merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi seluruh anak-anak Johor yang menuntut di bumi Mesir dan telah berdaftar secara rasmi dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Pejabat BKPJM yang sedia ada ini telah diperakui keberadaannya oleh Kerajaan Negeri, MAIJ, dan YPJ kerana BKPJM turut menyumbang dalam usaha mendapatkan tanah dan bangunan rumah Johor tersebut.

Namun pada tarikh 10 Julai 2012 pihak pengurus rumah Johor sekali lagi mengeluarkan surat yang memaklumkan bahawa arahan mengosongkan pejabat BKPJM adalah muktamad.

“BKPJM akan tetap mempertahankan pejabat rasminya di Rumah Johor kerana ia merupakan kemestian untuk BKPJM bergerak. BKPJM turut mengharapkan sokongan dan dokongan semua pihak khususnya ahli BKPJM dalam usaha mempertahankan hak dan keberadaan BKPJM di Rumah Johor. Kita tidak mahu tragedi hitam PMRAM dihalau keluar dari ARMA kembali berulang” Ujar Yang DiPertua BKPJM Saudara Muhammad Yazid Hanzir.

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL