Carnival Of Knowledge [College’12]


KAHERAH, 19 Julai,Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sekali lagi dapat menganjurkan aktiviti tahunan iaitu Minggu Thaqafah yang diberi nama “Carnival Of Knowledge,College’12”. Program ini seperti kebiasaan berlangsung selama 3 hari, bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang.

Pelbagai pengisian menarik yang disajikan kepada ahli dan bukan ahli dalam program ini. Pengisian tersebut ialah Perbentangan Isu Syiah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Bin Karim. Kemudian diikuti dengan slot Talkshow Demokrasi & Pilihanraya. Penyampai yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zuhaili Bin Saiman. Pada sebelah malam pula, slot perbentangan kertas kerja oleh Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain yang bertajuk “Isu Murtad dan Hukumannya Di Dalam Hukum Hudud.

Pada hari yang kedua, dimulai dengan slot perbentangan Fiqh Khamsah yang disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Ridwan. Satu kelainan yang dibuat pada program kali ini, diadakan Debat Politik Dan Mahasiswa. Pendebat-pendebat terdiri daripada ahli BKPPPM sendiri. Sebelah malam pada hari yang sama diadakan slot perbentangan Gerakan-Gerakan Islam di Rantau Arab Dan Di Dunia, yang disampaikan oleh Dr Tengku Muhammad Fahkruddin.

Pada hari terakhir College ’12, slot yang mengakhiri program kali ini, diadakan diskusi kitab haraki yang bertajuk “Ahdafuna Akhtar Qodhoya Al-Muslimin” yang disampaikan oleh Ustaz Ainuddin Bin Ishak.

Majlis diteruskan dengan majlis perasmian penutup College ’12 beserta majlis pelancaran Ihya’ Ramadhan 2012 yang disempurnakan oleh Ketua Penasihat BKPPPM, Ustaz Mohammad Hafiz Bin Abdul Aziz. Program berakhir dengan sesi fotografi, makan malam dan tamat pada pukul 11.00 malam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL