MESIR : MAJLIS TENTERA MESIR MENAMAKAN GANZOURI SEBAGAI PERDANA MENTERI

MESIR - Pegawai Pemerintah Majlis Tentera Mesir melantik Kamal Ganzouri sebagai perdana menteri Mesir bertujuan membentuk sebuah "kerajaan keselamatan nasional" bagi menggantikan ahli kabinet yang akan meletakkan jawatan minggu ini.

Ganzouri mengesahkan perlantikannya kepada Reuters melalui telefon. "Segala-galanya akan diputuskan kemudian," katanya, menolak untuk memberikan sebarang maklumat berkenaan siapa yang akan dilantik dalam kabinet baru beliau.

Pembentukan kerajaan keselamatan nasional merupakan salah satu permintaan daripada penunjuk perasaan yang menginginkan supaya pemerintahan tentera ditamatkan. Bantahan mereka menentang Majlis Tentera yang mengambil alih kuasa setelah Presiden Hosni Mubarak dipecat. Bantahan ini telah berterusan selama 8 hari termasuk Jumaat ini.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL