PMRAM Di Rancangan "Assalamualaikum" TV Al-Hijrah

KAHERAH, 24 Nov - Mengenai situasi semasa politik Mesir yang melanda, mendapat perhatian ramai pihak terutama di Malaysia dalam mengetahui informasi terkini kerana ia berkaitan dengan isu kebangkitan di Tanah Arab serta kondisi keselamatan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa/wi Malaysia di Mesir.

Baru-baru ini, PMRAM telah mendapat jemputan daripada pihak media TV Al-Hijrah  untuk bersiaran langsung menerusi panggilan untuk memberikan informasi semasa mengenai politik Mesir.


PMRAM akan bersiaran langsung dengan TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum pada 25 November ini sehingga 27 November ini, iaitu Jumaat (esok) sehingga Ahad ini.

Rancangan tersebut akan disiarkan berdasarkan tentatif tersebut :
- 25 Nov, Jumaat : Jam 9 pagi (Malaysia)  : bersama Timbalan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali
- 26 Nov, Sabtu : jam 10 pagi (Malaysia)   : bersama Timbalan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali
- 27 Nov, Ahad : 7.30 pagi (Malaysia)        : bersama Timbalan Pengerusi HEWI, Saudari Nur Ain Yaakob

Kepada mahasiswa/wi boleh memaklumkan kepada pihak keluarga masing-masing untuk menonton rancangan tersebut untuk mendapatkan maklumat semasa.

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL