Tazkirah Maal Hijrah oleh HEWI Angkat Pulau Pinang.

Jumaat, 25 November baru-baru ini bertepatan dengan awal Muharram sekali lagi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menerima kunjungan HEWI Angkat Pulau Pinang, Ustazah Kamilah bt Che Razali. Pada kali ini, kehadiran Ustazah Kamilah sebagai pentazkirah bersemperna Sambutan Maal Hijrah kali ke 1433 H.

Di dalam tazkirahnya yang dipengerusikan oleh Saudari Sarinah bt Abdullah, Ustazah Kamilah menyentuh dan mengupas berkaitan peng'islah'an dan penghijrahan yang di tuntut oleh Islam untuk diamalkan oleh segenap umat Islam khususnya pada zaman sekarang. Semoga ahli BKPPPM dapat mengambil manfaat dan pengajaran yang telah disampaikan oleh Ustazah Kamilah di dalam tazkirahnya untuk dijadikan pedoman dan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Tidak dilupakan juga atas kehadiran BP Angkat pada malam yang sama, Ustaz Ahmad Daniel b Mohmad Hassan bersama zaujahnya, Ustazah Herlina bt Syarial. Kami diperingkat BKPPPM begitu gembira dengan kehadiran BP dan HEWI Angkat yang sentiasa berkorban masa dan tenaga untuk turut serta bersama-sama ahli BKPPPM pada setiap program yang dilaksanakan. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Daniel dan Ustazah Kamilah.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL