Syeikh Al-Azhar Harap Polis Tamatkan Keganasan

Syeikh Al-Azhar- Dr Ahmed Al-Tayeb dalam satu kenyataan hari ini menyeru pimpinan polis Mesir mengeluarkan perintah agar menghentika tindakan mengarahkan senjata dan menembak penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik. Beliau juga menggesa agar penunjuk perasaan agar mengekalkan demonstrasi aman dan angkatan tentera elakkan konfrontasi antara rakyat.

Menurut Kementerian Kesihatan melalui laporan televisyen Al-Arabiya, keganasan yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut, manakala 3 orang terbunuh pada hari Rabu.

Al-Azhar juga menyeru pemuda yang berada di Tahrir dan semua penguasa di Mesir untuk mengekalkan keamanan dalam revolusi ini, walaupun mereka perlu berkorban dan menghadapi kesukaran untuk melindungi semua harta awam dan swasta.
 

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963