MESIR...SERU JUTAAN BERKUMPUL DI TAHRIR ESOK

TAHRIR - Digelar Gabungan Revolusi Belia dan Gerakan 6 April supaya bersama dalam barisan hadapan perhimpunan aman di Medan Tahrir, Ahad 28/11/2011. Bantahan menuntut menamatkan dasar-dasar junta tentera dalam pengurusan negara.

Gabungan jutaan orang tersebut bertujuan untuk mendesak antaranya pendakwaan segera terhadap mereka yang terlibat membunuh penunjuk perasaan, "tidak kira apa jawatan dia." Juga desakan supaya membentuk sebuah kerajaan keselamatan nasional bertanggungjawab penuh menguruskan baki tempoh peralihan kuasa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera terhadap politik negara dan pembangunan ekonomi negara.

Keputusan gabungan juga menolak kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Kamal yang merancang untuk melakukan penyusunan semula secara penuh terhadap Kementerian Dalam Negeri termasuk penyelesaian sektor keselamatan, juga memastikan perbicaraan dibuat terhadap tangan-tangan yang bertanggungjawab menumpahkan darah rakyat Mesir.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963