MISI IN-TEAM & USRAH GABUNGAN BERJAYA


Ustaz Shahrizan
KAHERAH,25 NOVEMBER - Satu lagi aktiviti secara bulanan yang dianjurkan oleh 4 biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Dakwah, Biro Perumahan dan Biro Ekonomi. Program yang dinamakan IN-TEAM dan merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya diadakan sebagai pengisian secara bulanan. Khasnya pada kali ini ianya bekerjasama dengan Jabatan Fasilitator dalam usaha menjayakan Usrah Gabungan. Alhamdulillah secara keseluruhannya ianya berjaya.

Program ini bermula dengan alunan burdah yang diketuai oleh Saudara Nuruddin Bin Amiruddin yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKPPPM sesi 2011/12. Seterusnya majlis diteruskan dengan slot motivasi kecemerlangan yang disampaikan oleh Mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2010/11 yang sekarang ini merupakan Penasihat bagi BKAWM iaitu Saudara Mohammad Adlly Mohammad Bokhari. Pembawakan yang dibawa oleh penceramah motivasi sangat kreatif dan penuh bersemangat sekali. Mudah-mudahan semangat tersebut turut dirasai oleh keseluruhan ahli BKPPPM yang hadir pada malam tersebut.
Ustaz Adlly

Usrah Gabungan ini diteruskan lagi dengan pelancaran Bait Mithali, Kempen Biah Solehah, Kempen Mumtaz Planner dan Kempen Boikot. Majlis pelancaran kempen disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2011/12, Saudara Mohamad Sarkawi Bin Mohmad Salleh. Dengan penyempurnaan yang dilakukan oleh Yang Dipertua BKPPPM, maka bermulalah kempen yang dilancarkan tersebut. Segala isu dan isi yang dimainkan sepanjang kempen diharapkan menjadi agen pencerahan dalam melahirkan mahasiswa/siswi yang berkualiti.

Seterusnya, IN-TEAM dinilaitambahkan lagi dengan perbentangan ringkasan Fiqh Nusus oleh Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime, Mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2010 dan Penasihat PMRAM sesi 2011. Majlis ditutup dengan sebuah tayangan multimedia tentang kempen yang dilancarkan.

IN-TEAM tidak tamat sehingga di sini sahaja akan tetapi akan diteruskan secara bulanan selain Muhadharah Ilmiah yang diadakan secara mingguan.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963