Yuran Markaz Bahasa : PMRAM Terus Berbincang Bersama WAAG

KAHERAH, 19 Dis - Isu pembayaran yuran matrikulasi yang meningkat secara mendadak mendapat perhatian yang serius dari pihak PMRAM.
 
Perkara ini berikutan daripada aduan pelajar yang mengutarakan  tahap kemampuan begitu rendah bagi menjelaskan pembayaran yuran tersebut.
 
Pihak PMRAM dengan diwakili Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili b Saiman telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus WAAG ( World Association of Al-Azhar Graduates )  Ustaz Ismail Haitham bagi membincangkan perkara ini pagi tadi.
 
Permasalahan berkenaan yuran tersebut akan menjejaskan permohonan visa pelajar untuk tinggal disini sekaligus pelajar terus dibelenggu kebimbangan mengenai status keberadaan mereka di Mesir.
 
Maka perkara ini adalah di antara isu diutarakan dalam pertemuan tersebut yang diadakan di pejabat WAAG.
 
Pihak PMRAM akan membawa suara mahasiswa berkenaan permasalahan yuran ini ke Parlimen Pelajar Asing yang akan diadakan dalam tarikh terdekat.
 
" PMRAM telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak-pihak tertentu agar masalah ini dapat diselesaika dengan sebaik mungkin dan PMRAM mengharapkan pelajar untuk terus memberi tumpuan pada pembelajaran agar tidak terganggu dengan isu ini " ujar Presiden PMRAM 2011 ketika dihubungi sebentar tadi.
 
Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963