Yuran Markaz Bahasa : Perbincangan PMRAM Bersama EME

KAHERAH, 18 Dis - Ekoran daripada rungutan berterusan pelajar-pelajar Markaz Bahasa terhadap bebanan yuran yang terpakasa dibayar oleh pelajar iaitu sebanyak LE 480 untuk satu peringkat kelayakan maka pihak PMRAM sekali lagi mengambil pendekatan untuk mengutarakan perkara tersebut kepada pihak Education Malaysia of Egypt (EME).
 
Pertemuan ringkas bersama Prof Madya Dr Haji Suaidi bin Datuk Hj Shafei  pada jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah diketuai oleh Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM
 
Turut serta dalam pertemuan ini Saudara Ahmad Daniel Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 serta Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.
 
Pihak PMRAM sebagai mewakili suara mahasiswa Malaysia membawa permasalahan yang membelenggu pelajar Malaysia berkenaan dengan yuran markaz bahasa secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajar" ujar Saudara Abdul Aziz Ali merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2011 dalam pertemuan tersebut.
 
" PMRAM juga mengharapkan pihak EME agar dapat mengatur tindakan segera diambil supaya pelajar yang terlibat dapat mengetahui situasi yang sebenar berlaku " tambah Timbalan Presiden PMRAM 2011 lagi.
 
Dalam maklumat yang diberikan oleh setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) hampir  90% daripada jumlah keseluruhan  pelajar Markaz Bahasa  seramai 376 tidak mampu membayar yuran tersebut yang disifatkan amat membebankan .
 
Perjumpaan hari ini adalah perjumpaan kedua berkenaan dengan isu pembayaran yuran dan khusus untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh pelajar sampai kepada pengetahuan EME yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan yang berkaitan dengan pelajar terutama masalah yang melibatkan pengurusan kuliah dan universiti.
 
Perkara yang sama telah disuarakan dalam pertemuan PMRAM Duta Besar Malaysia ke Kaherah TYT Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti baru-baru ini .
 
Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL