TAHRIR - 19 kumpulan politik dan beberapa aktivis politik menyeru rakyat
Mesir untuk datang menghadiri perhimpunan demonstrasi besar-besaran di
Dataran Tahrir pada Jumaat ini di bawah slogan "wanita bebas Mesir -
kembalikan kehormatan."
Aktivis menggesa rakyat Mesir melakukan
bantahan sebagai tindak balas kepada kekerasan yang dilakukan tentera
terhadap penunjuk perasaan wanita.
Kebanyakan rakyat Mesir marah
apabila menyaksikan satu klip video yang disiarkan oleh agensi-agensi
berita dan laman web, yang menunjukkan anggota tentera mengheret seorang
wanita secara beramai-ramai dan mengoyak baju lalu memukul wanita
tersebut ketika pertempuran berlaku pada Jumaat lepas di antara penunjuk
perasaan dengan pihak tentera berdekatan bangunan kabinet.
Kenyataan
dari Majlis Tertinggi Angkatasn Tentera (SCAF) menegaskan bahawa mereka
menafikan melakukan kekerasan, yang mana telah dipaparkan dalam video
di seluruh dunia malah mereka terus mengelirukan orang awam.
Kenyataan
yang sama mengatakan, peserta demonstrasi itu termasuk orang kristian
dan Muslim yang berdoa dan berkabung terhadap penunjuk perasaan yang
terkorban semasa pertempuran.
Kesatuan Pemuda Revolusi, Perikatan
Angkatan Revolusi dan Kesatuan Belia Maspero adalah di kalangan
kumpulan yang memanggil untuk membantah.
Sementara itu, Abeer
Othman, seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan
Keadilan berkata bahawa parti tersebut belum memutuskan samada ahli-ahli
wanita mereka akan mengambil bahagian dalam demonstrasi pada Jumaat
nanti.
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011
Sumber : We Care for Islam

0 comments
Post a Comment