KPI : TINGKAT KUALITI PENGURUSAN AJKT

Barisan pelaksana program dan AJKT

KAHERAH, 23 September 2012 : Kursus Pengurusan Islam ( KPI ) AJKT dan AJK HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) berjaya dilaksanakan. Kursus tersebut dianjurkan oleh Badan Penasihat BKPPPM yang diketuai oleh Saudara Mohamad Sarkawi B. Mohmad Salleh.

Objektif kursus tersebut dilaksanakan, adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan gerak-kerja ahli jawatankuasa tadbir dan memberi kesedaran tentang tanggugjawab dalam berorganisasi. Kursus yang bermula pada jam 7.30 pagi telah dirasmikan oleh  Saudara  Zulhafeez B. Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden PMRAM 2012.

Antara pengisian menarik dalam kursus tersebut ialah Wala` dan Barra`, Polisi Kepimpinan, Perancang Cemerlang dan Pengendalian Mesyuarat. Pengisian terakhir dalam kursus tersebut telah disampaikan oleh Saudara Mohamad Hanif B. Haron yang merupakan mantan Yang Dipertua BKPPPM sesi 2007-2009 berkenaan pengurusan AJKT dalam kehidupan seharian.

Kursus Pengurusan Islam ( KPI ) yang berakhir pada 6.30 petang itu mudah-mudahan memberi satu input baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan AJKT dalam pentadbiran BKPPPM pada sesi kali ini.




Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL