PERSEDIAAN IMTIHAN QABUL BERJALAN LANCAR


KAHERAH, 27 September 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah Biro & Unit Pendidikan telah berjaya melaksanakan kelas intensif Bahasa Arab kepada mahasiswa/wi baru bagi menghadapi imtihan qabul tidak lama lagi.

Tujuan kelas tersebut dilaksanakan ialah untuk memberi pendedahan dan latih tubi yang secukupnya bagi menghadapi imtihan tersebut. Kelas yang telah bermula pada 22 haribulan 9 tersebut telah berakhir pada hari ini. Dalam kelas tersebut, pada sebelah siangnya mahasiswa/wi baru telah dibekalkan soalan-soalan yang berkaitan imtihan qabul. Dan pada malamnya pula mereka membincangkan soalan bersama guru pembimbing Ustaz Hafizuddin Bin Othman yang merupakan mahasiswa tahun akhir Kuliah Bahasa Arab Al-Azhar.

" Kami mengharapkan agar mahasiswa/wi yang akan menghadapi imtihan qabul dapat membuat yang terbaik pada imtihan kali ini  kerana ini merupakan peluang kedua bagi sahabat-sahabat sekalian dan kami mendoakan agar sahabat-sahabat dipermudahkan oleh Allah ", ujar Ustaz Muhammad Irfan Syahid Bin Zulkifli, Ketua Biro Pendidikan BKPPPM sesi 2012/2013.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL