FUTSAL MAHABBAH : PEMBUKA TIRAI PROGRAM SESI 2012/2013

Sebahagian peserta Futsal Mahabbah


KAHERAH, 17 September 2012 : Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah berjaya mengadakan  Futsal Mahabbah dalam kalangan ahli BKPPPM sebagai pembuka tirai program bagi sesi 2012/2013.

Pertandingan tersebut telah berlangsung di Nadi Tola`ie, Abbas El-Akkad Madinah Nasr. Pertandingan   Futsal Mahabbah telah bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ahli walaupun kebanyakkan ahli masih lagi berada di Malaysia.

Tujuan diadakan pertandingan tersebut adalah untuk mengeratkan ukhwwah di antara ahli dan meraikan minat ahli yang pelbagai disamping mencergaskan tubuh badan setelah sekian lama tidak bersenam berikutan
peperiksaan dan bulan Ramadhan. " Kita bukan sahaja menumpukan kepada program-program pembinaan thaqafah, malah kita juga memberi tumpuan dalam semua bidang bagi meraikan minat ahli yang pelbagai ", Ujar Saudara Firdaus Bin Samsudin, Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS).       

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL