Bantuan Jamiyah Syariah Kaherah 3 dan 4 Mei Ini



KAHERAH, 20 April - Pemberian bantuan kewangan Jamiyah Syariah bagi peringkat Kaherah akan dibuat pada 3 dan 4 Mei. Ini seperti dimaklumkan kepada pihak PMRAM selepas pertemuan bulanan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM bersama pihak Jamiyah Syariah.

Pengambilan boleh dibuat di Masjid Syarbini Haiyu Asyir bermula jam 10 pagi. Penerima bantuan dikehendaki membawa bersama pasport dan kad pengenalan diri kuliah (kerneh) untuk proses pengambilan.

Untuk semakan nama dan no bantuan bolehlah merujuk senarai penerima bagi pengambilan Zulkaedah yang telah dilampirkan sebelum ini. Seramai 189 orang penerima bakal menerima bantuan bagi bulan ini dan baki pemohon sedang dipertimbangkan untuk diluluskan oleh pihak Jamiyah.

Saudara Mohd Farkhan B Md Zain yang ditemui selepas pertemuan menegaskan kepada seluruh penerima bantuan untuk mengambil bantuan mengikut waktu dan tarikh yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian selepas mendapat makluman terbaru mengenai pemotongan senarai penerima bakal dibuat jika tidak mengambil bantuan yang diberikan.

Ianya bagi memberi ruang kepada pemohon lain mendapatkan bantuan tersebut. Justeru PMRAM memohon kerjasama kepada seluruh penerima mengambil bantuan tersebut seperti yang telah ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL