PENGAJARAN DARI PEPERANGAN “ZATUR RIQA’”



Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah berlaku satu peperangan yang dinamakan “Zatur Riqa’”. Peperangan tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar. Punca peperangan tersebut disebabkan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh sebahagian besar Kabilah Arab Najdi terhadap orang islam. Kebanyakkan kabilah Arab merasa cemburu dengan kemajuan agama islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w khususnya selepas hijrah Nabi s.a.w ke Madinah.
Puak Arab yang hidup beribu tahun dengan budaya dan adab resam serta kepercayaan yang mereka warisi turun temurun tergugat dengan kehadiran Rasulullah s.a.w. Agama islam yang dibawg ra oleh Nabi s.a.w. mendapat perhatian oleh Arab. Sokongan yang kian meninggkat dari orang ramai terhadat agama tauhid, menyebabkan agama islam semakin berkembang.
Bila berlakunya perang, pihak islam sentiasa mencapai kemenagnan. Faktor ini menyebabkan orang miskin berminat menerima islam. Lebih-lebih lagi ajaran islam sangat menarik
perhatian terutamanya mereka yang tigak berkepentingan dan tidak terikat dengan budaya serta adab resam kaum bangsa mereka.
Bagaimanapun oleh kerana ajaran islam sentiasa berlawanan dengan hawa nafsu, menyebabkan munculnya golongan penentang yang bertindak dengan pelbagai cara. Termasuk juga dengan cara melakukan penipuan yang mereka lakukan terhadap nabi s.a.w. dan para sahabat, sebagaimana penipuan yang berlaku tujuh puluh orang pendakwah yang di hantar oleh Nabi s.a.w. ke Najd yang kesemuanya terkorban. Mereka perpura-pura hendak mempelajari islam dan meminta Nabi menghantar pendakwah ke negeri mereka. Tetapi dipertengahan jalan, para pendakwah yang mereka minta itu diserang dan dibunuh. Peristiwa seperti itu kerap berlaku.
Pengalaman pahit yang Nabi s.a.w dan para sabatnya lalui itu menyebabkan Nabi s.a.w. merancang untuk memerangi puak-puak yang mengkhianati kaum muslimin sebagai suatu pengajaran untuk mereka.
Sikap Nabi s.a.w. yang sentiasa lemah lembut itu tidak bermakna membiarkan puak berkenaan yang cuba memijak kepala. Umat islam sememangnya merendah diri, tetapi jika mereka menghina kaum muslimin maka penghinaan itu mesti disanggah, kerana merendah diri bukan bererti menghina diri.
Nabi s.a.w. telah membuat penyelidikkan bahawa golongan yang banyak melakukan pengkhianatan terhadap nabi dan kaum muslimin ialah dari puak suku kaum Muhariq dan bani Tsa’lab. Setelah dikenal pasti golongan pengkhianat itu, maka nabi s.a.w. mengarahkan sahabat supaya segeri pergi ke perkampungan tersebut untuk melaksanakan kewajipan memerangi golongan pengkhianat itu.
Sebelum Nabi s.a.w. meninggalkna Kota Mekah dan pergi mengetuai pasikan tentera islam ke perkampunagn puak Muhariq dan bani Tsa’lab, terlebih dahulu nabi telah melantik Abu Zarr al Ghiffari sebagau ganti untuk mentadbir dan mengurus Negara Madinah dan rakyatnya sepanjang ketiadaan Nabi s.a.w.
Perlantikan yang di buat oleh Nabi s.a.w. itu menunjukkan Nabi adalah seorang pentadbir yang sangat peka terhadap kepentingan Negara Madinah dan kebajikan rakyatnya. Sistem pengurusan Nabi s.a.w. adalah begitu kemas telah menjadi ikutan para pemimpin Negara.
Jika diteliti tindakan Nabi s.a.w. melantik pegganti sebelum meninggalkan Negara kerana melaksanakan tugas agama, adalah terlalu jelas bahawa siasah itu tidak boleh dipisahkan dari urusan agama. Apakah maksud Nabi s.a.w. melantik pegantinya jika jika tidak kerana urusan pentadbiran? Dan pentadbiran itulah yang dikatakan politik atau siasah dalam istilah syar’ei.
Nabi s.a.w. bersama tentera muslimin pergi ke perkampungan puak kuffar pengkhinat iaitu puak Muhariq dan bani Tsa’lab. Baginda sampai ke suatu tempat bernama Nahl di Najd dalam jajahan Ghatfan. Apabila puak Muhariq dan bani Tsa’lab mendapat tahu bahawa Nabi Muhammad dan tenteranya sedang berkemah di Nahl. Mereka merasa gentar dan dan masing-masing mengalir peluh dingin. Rasa gerun dan takut menyebabkan mereka lari meninggalkan perkampungan masing-masing dan menghilangkan diri untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan Nabi s.a.w. dan tentera muslimin.
Itulah di antara tanda-tanda pertolongan Allah SWT kepada Rasul-Nya dan tentera muslimin, dengan melontar perasaan gerun dan takut di dalam hati puak musyrikin dan bani Muhariq. Sebagimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,”sesungguhnya Allah Ta’ala telah menolongku dengan mencampakkan perasaan gerun dan takut di dalam hati orang-orang kafir. Mereka merasa cemas sebelum bertembung dengan aku.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL