Muktamar Sanawi PMRAM Mei Ini



MANSURAH, 13 April - Sepertimana kebiasaan, Muktamar akan dijalankan pada bulan Mac setiap tahun. Namun, pada sesi ini Muktamar Sanawi ditangguhkan atas faktor kepulangan ahli-ahli PMRAM ke tanah air baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Bin Saiman. Berkemungkinan jika diizinkan, Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 ini akan dijalankan pada bulan Mei. Kata beliau didalam sesi Ramah Mesra di Mansurah baru-baru ini.

Menurutnya lagi, sepertimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh PMRAM, panggilan ke Muktamar tidak boleh tidak mesti dibuat dalam tempoh 4 bulan selepas tarikh tutup akaun pada akhir Disember yang lalu.

Sambungnya lagi, Pihak PMRAM telahpun merujuk pihak Kementerian Kemasyaraktan (Syu’un Ijtimia’i) di atas kelewatan ini dan pihak Syu’un mengizinkan setelah berlaku perbincangan antara dua pihak.

Panggilan mengenai tarikh dan tempat secara rasmi akan dimaklumkan kemudian. Ahli PMRAM dinasihatkan agar selalu mengikuti perkembangan dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL