“UKHUWAH DIRASA, KENANGAN TERCIPTA” : MAX'IS 15






DEWAN SOLEH AL-MASRI, HAYYU SABI’E- 17 FEBRUARI 2015, Telah berlangsungnya program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), Hari Keluarga 2015, “Maximize Ukhuwah” (MAX’IS 15) bertemakan “Ukhuwah Dirasa, Kenangan Tercipta” yang dikelola oleh Saudara Abdul Mushawwir b. Abd Rashid (Pengarah), Nurul Ain bt. Muhammad Isa (Timbalan Pengarah) dan kesemua adhoc-adhoc pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini. 

Program bermula dengan pengisian yang menarik, Slot Pertama “Pengurusan Jenazah” dan praktikalnya bermula jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang, yang disampaikan oleh Ustaz Fadli B. Mamat disertai Ustazah Dayang Siti Noraini Binti Awang Damek Yahya untuk praktikal di sebelah akhawat. Majlis perasmian program di sempurnakan oleh Badan Pengurus (BP) PMRAM oleh Saudara Muhamad Amri b. Ouma diiringi Yang Dipertua (YDP) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Saudara Mohd Jasry Raimy b. Johari dan Pengarah Hari Keluarga 2015, Abdul Mushawwir b. Abd Rashid bermula jam 7.30 malam dan berakhir 8.40 malam. Seterusnya Slot yang kedua “Gempita, Hisbah dan SMART (Super Martial Art)” disampaikan oleh Saudara Khairol Azhar b. Ishak, Saudara Saiful Rizwan b. Mahmud dan Saudara Mohd Zahid b. Ismail bermula pada jam 8.40 malam hingga jam 11 malam. 








18 FEBRUARI 2015, Hari Kedua bagi program Hari Keluarga 2015 bermula dengan Slot yang terakhir, “Towards Pure Love” Unit Bait Muslim (UBM), bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang yang disampaikan oleh 2 pasangan mutazawwijin, Ustaz Faqrurrozi b. Abdullah dan Ustazah Fauziah b. A Rahman serta Dr. Ahmad Luqman b. Bukhari dan Dr. Musliha bt. Anuar juga disertai oleh 2 orang Moderator, Saudara Ustaz Muhammad Safwan b. Azmi dan Saudari Diyana bt. Khamis. Bagi melengkapi majlis pada hari ini, juga diadakan “Medical Check-up” yang dihadiri oleh “Team Medic” seramai 10 orang akhawat dan 10 orang ikhwah. Di sebelah malam pula bermula jam 8 hingga 11 malam diadakan pertandingan indoor, akhawat di Dewan Soleh Al-Masri manakala ikhwah di syaqqah. Antara pertandingan yang dipertandingkan di sebelah akhawat ialah Hiasan Kek dan Debat. Manakala di sebelah ikhwah pula ialah Khutbah,Pidato,Tilawah dan Hafazan. Pertandingan sampingan juga turut diadakan antaranya teka bilangan coklat batu dan Baby Contest. Majlis berakhir dan dibawa ke hari yang seterusnya.



19 FEBRUARI 2015, Bagi melengkapi program untuk hari yang terakhir ini, bermula jam 7 pagi semua ahli berkumpul di landscape untuk bertolak ke tempat yang ditetapkan. Pertandingan outdoor akhawat di Markato dan ikhwah di Nadi Syabab. Pelbagai pertandingan yang menarik diadakan dan pertandingan ini berakhir pada jam 12 tengah hari. Di sebelah malam pula, diadakan Malam Kesenian dan Kebudayaan. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar poster yang ditaklifkan, selain itu juga diadakan Pentomen yang dipertandingkan di sebelah ikhwah manakala akhawat akan mempamerkan Gubahan Origami yang telah disiapkan. Majlis berakhir dengan pemberian cenderamata bagi yang memenangi pertandingan keseluruhan Hari Keluarga bagi tahun ini, diakhiri juga dengan nasyid oleh kumpulan “Al-Furqan”. Program ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah sesama kita, mengeratkan serta mengukuhkan lagi silaturrahim dalam kalangan ahli BKPPPM khususnya diantara mahasiswa/wi pengajian islam dan sains perubatan, disamping menambah nilai thaqofah dalam diri. “Ukhuwah Dirasa, Kenangan Tercipta”.



“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
KITA PMRAM!!
#MAX’IS 15 (MAXIMIZE UKHUWAH)

Disediakan oleh: Setiausaha Hari Keluarga 2015 (MAX’IS 15)









Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963