JEJAK SINAI ‘16 -“Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”
LAPORAN JEJAK SINAI ‘16
MAC 2016 :
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah
telah menganjurkan satu jaulah pada 17 hingga 19 Mac 2016. Jaulah ini diberi
nama Jejak Sinai ’16 dengan bertemakan “Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”.
Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat BKPPPM
dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu.
Jejak Sinai
’16 telah disertai oleh 37 orang akhawat BKPPPM, 3 orang akhawat BKAN taakhi
KPKM serta seorang daripada Mansurah dan diiringi 5 orang musyrif dan 1
pasangan mutazawwijin.
Jejak Sinai
’16 bermula pada 2.00 pagi pada 17 Mac 2016. Doa menaiki kenderaan telah dibaca
oleh Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sekitar 4.30 pagi, rombongan singgah di
Noktah Hasanah untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh,
kami bergerak memasuki Semenanjung Sinai dengan memasuki Terowong Ahmad Hamdi
bagi melintasi Terusan Suez. Terowong ini dibina bagi menyambung Mesir yang
terpisah kepada dua benua iaitu Benua Afrika dan Benua Asia Barat. Dibina pada
tahun 1981 setelah Mesir Berjaya menguasai semula Semenanjung Sinai daripada
Israel.
Kesemua
peserta berasa teruja apabila melalui terowong yang berada di bawah dasar laut
Terusan Suez. Panjang keseluruhan Terusan Suez adalah 163 KM, manakala lebar
terusan ini adalah diantara 120 ke 200 meter.
Destinasi
pertama yang dituju adalah Kubu Barliev yang merupakan tapak peninggalan kubu
Israel yang menjajah Sinai pada tahun 1967. Israel telah Berjaya menawan
Semenanjung Sinai dalam Perang 6 Hari. Kubu Barliev
ini merupakan kubu terakhir yang Berjaya ditawan oleh tentera Mesir setelah
teknik serangan diubah apabila Syeikh Al-Azhar pada ketika itu Syeikh Abdul
Halim Mahmud mendapat ilham daripada Allah SWT. Tentera Mesir yang dipimpin
oleh Anwar Sadat pada waktu itu diarahkan untuk menyembur air ke kawasan kubu
sehingga tersingkap kubu yang berada di bawahnya.
Seterusnya,
Jejak Sinai ’16 ke destinasi kedua iaitu ‘Uyun Musa terletak kira-kira 500
meter dari Kubu Barliev. Peserta diberitahu terdapat 12 telaga menggambarkan 12
kaum daripada Bani Israel.
Perjalanan
diteruskan ke destinasi yang ketiga
iaitu makam Nabi Soleh AS, Nabi Harun AS dan bukit batu lembu samiri yang
mengambil masa kira-kira 30 ke 45 minit. Setelah bertawasul dan mengambil
gambar di kawasan sekitar, peserta dibawa ke hotel Muqaddas untuk makan, solat
jama’ dan berehat untuk persediaan mendaki Jabal Thursina pada pagi esoknya.
Tepat pukul
12 malam, para peserta berkumpul dilobi hotel untuk menaiki bas untuk ke kaki Jabal Thursina. Setelah semua
peserta bersedia dengan peralatan untuk mendaki, bas bergerak ke Jabal Musa
yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.
Setelah
mendengar taklimat yang diberikan oleh Ustaz Faqrurozi bin Abdullah, semua peserta
melakukan senaman ringan mengikut kumpulan sebelum memulakan pendakian. Pendakian
bermula kira-kira 1.00 pagi. Pendakian ini mencabar fizikal dan mental peserta
memandangkan cuaca yang sejuk dan bulan gelap. Peserta menggunakan lampu suluh
bagi mendaki bukit dengan selamat kerana keadaan track yang gelap dan berbatu. Sewaktu
pendakian, peserta berhenti rehat seketika di check point- check point yang
terdapat di sepanjang laluan pendakian untuk menghilangkan kepenatan sebelum
meneruskan perjalanan.
Sekitar 4.30
pagi, semua peseta telah sampai ke check point kedua terakhir untuk berehat dan
solat subuh. Setelah selesai, peserta meneruskan pendakian ke puncak Jabal Musa
dan selamat tiba kira-kira 6.00 pagi. Selepas
menyaksikan matahari terbit, para peserta mengambil kesempatan bergambar
beramai-ramai di puncak Jabal Musa. Sedikit penerangan diberikan berkaitan
lubang yang merupakan tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT.
Selesai
bergambar di atas puncak, peserta mula menuruni Jabal Musa dengan melalui
perkampungan Nabi Ilyas. Laluan ini tidak menggunakan track sewaktu mendaki.
Laluan curam dan bertangga. Hampir 2 jam lebih menuruni Jabal Musa AS, kesemua
peseta selamat tiba pada jam 10.00 pagi dan bertolak balik ke tempat
penginapan. Setelah makan tengahari, semua peseta bersiap sedia untuk bertolak
ke Dahab. Setelah 2
hingga 3 jam perjalanan, akhirnya semua peserta telah sampai ke Hotel Octopus
yang berada di Dahab. Setelah check-in, peserta melakukan aktiviti bebas iaitu
membeli belah dan bersiar-siar di kawasan sekitar.
Pada sebelah
malamnya pula, diadakan aktiviti barbeku ayam dan sosej beramai-ramai di
perkarangan hotel. Pada keesokkan harinya, peserta telah melakukan aktiviti
menaiki glass boat dan ATV. Usai makan
tengahari dan solat jama’ taqdim, peserta bersiap sedia untuk berangkat pulang
ke Kaherah. Lebih kurang 11.00 malam, peserta Jejak Sinai selamat tiba
dihadapan Asrama pelajar Pulau Pinang.
Semoga
aktiviti yang bermanfaat seperti program ini dapat dilaksanakan pada masa akan
datang. Untuk para peserta yang menyertai Jejak Sinai ’16 ini, diharap segala
sirah dan pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan pedoman bagi menghadapi
hari yang mendatang.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH"
Sekian,
wassallam.
Disediakan
oleh:
NURUL AIN BT
MOHAMAD ISA
Timbalan
Pengarah Jejak Sinai ‘16
Comments