Minda Pimpinan | Pemuda Pembela Agama Allah






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ،
.وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ

Dalam perjuangan Islam, Pemuda adalah barisan penting, justeru itu pemuda perlu bersiap sedia untuk menyahut seruan perjuangan bagi menegakkan agama Allah S.W.T. Tidak gentar mendepani cabaran, biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan sendiri.

Firman Allah S.W.T :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

 Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Isa putera Maryam telah berkata kepada pengiku-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir, lalu Kami berikan kekuatan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang."

(Surah As-Saff : 14)

Matlamat utama Pemuda (أنصار الله) ialah bersedia yang tidak berbelah bagi untuk turun ke medan bagi menunaikan tanggung jawab dan amanah perjuangan. Pemuda juga mestilah menepati piawaian (أنصار الله) dalam semua aspek:
  1. Akidah
  2. Fikrah
  3. Akhlak
  4. Penglibatan dalam gerak kerja Islam
Ayuh Pemuda! Kita semarakkan kembali tarbiyah ruhhiyyah dalam kita hendak membela agama Allah.
  • Solat berjemaah
  • Menghadiri kelas tafaqquh fiddin
  • Menyertai usrah mingguan
  • Mendampingi para ulamak
  • Melazimi Al-Quran
Semoga lahir perjuangan yang mantap dan tekun memperhambakan diri kepada Allah setiap masa. Kita tidak mahu pemuda yang menghabiskan masa dengan tidur, bermain game, bertelingkah dalam masalah khilafiyah, mencari salah siapa dan lain-lain.


رهبان في الليل وفرسان بالنهار

Maksudnya : Rahib di malam hari dan kuda perang yang tangkas di siang hari.

Akhir kata, saya akhiri dengan kalam masyhur As-Syahid Hassan Al-Banna :
"Sesungguhnya aku merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah!"

Wallahu 'alam.


Muhamad Nur Aiman Bin Mohd Zuki
Ketua Lajnah Pendidikan BKPPPM Sesi 2018/2019

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Bersama Bersatu"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Referensi: https://tafsirweb.com/10886-surat-as-shaff-ayat-14.html
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Referensi: https://tafsirweb.com/10886-surat-as-shaff-ayat-14.html

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL