LAPORAN SAHARA'19 BKPPPM





LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2019
( SAHARA '19 )


RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 7 OGOS hingga 14 OGOS 2019 :  Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA ’19 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. SAHARA ‘19 kali ini bertemakan “membumi pengorbanan, melangit perjuangan”.

SAHARA ’19 telah berlangsung selama 8 hari bermula 7 Ogos  sehingga 14 Ogos 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihissalam, menghayati bulan kebesaran Islam dan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli BKPPPM di Mesir.

SAHARA ’19 dimulai dengan Gotong Royong Perdana pada 7 0gos 2019 dengan kerjasama Lajnah Perumahan BKPPPM sesi 2018/2019 bagi memastikan kawasan asrama bersih menjelang ketibaan hari raya Aidiladha.SAHARA ‘19 membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu Daurah Kitab Matla’ Badrain (Bab Qurban) yang disampaikan oleh saudara Mohamad Shahir Bin Mohd Zaropi, Koordinator Setiausaha Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri. Daurah ini berlangsung selama dua hari pada 8 dan 9 Ogos 2019. Pada keesokan harinya, sebaik selesai solat Isyak berjemaah, telah diadakan majlis perasmian SAHARA ‘19 dan perutusan raya. Perutusa raya Aidiladha telah disampaikan oleh Yang DiPertua Badan Kebajikan Badan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhamad Hafizuddin Bin Mat Nasir.Seterusnya, beliau telah merasmikan program SAHARA ’19 pada malam tersebut.

  Pada hari yang berikutnya, 11 Ogos 2019 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1441H seperti biasa, seluruh kaum muslimin akan berkumpul dan bersama untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di pagi hari. Setelah selesai solat sunat Aidiladha, sudah menjadi kebiasaan semua untuk bergambar dan berswafoto pada pagi tersebut. Aktiviti pada hari itu diteruskan dengan gotong-royong menyembelih dan melapah kambing. Sebanyak 23 ekor kambing yang telah disembelih pada hari tersebut.



   Program diteruskan pada keesokan harinya, 12 Ogos 2019 dengan sambungan gotong-royong menyembelih 12 ekor kambing dan 5 khoruf  yang berbaki, justeru menjadikan jumlah mutlak sembelihan pada kali ini 5 ekor khoruf dan 35 ekor kambing.



Pada tanggal 14 Ogos 2019 , majlis penutup SAHARA’19 telah dilangsungkan di Dewan Soleh Al-Masri dengan sedikit ucapan penutup daripada Pengarah program SAHARA ‘19,saudara Zul Arief Bin Zulkepli. Seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian Majlis Penutup SAHARA ‘19 dan Jamuan Aidiladha oleh Timbalan Yang Dipertua BKPPPM ,saudara Safmeezool Ameer Bin Satar. Program diteruskan lagi sebagai pemanis mulut untuk program SAHARA’19 dengan mengadakan Jamuan Aidiladha kepada ahli BKPPPM, VVIP dan VIP. Jamuan makan ini berakhir pada jam 6.00 petang. Dengan selesainya Jamuan Aidiladha tersebut, maka berakhirlah SAHARA’19 pada kali ini.

  Justeru, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berharap agar segala objektif, visi, dan misi BKPPPM dapat direalisasikan dengan berjayanya program-program seperti ini.

Disediakan oleh: Setiausaha SAHARA BKPPPM 2019

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah"
"Bersama Bersatu"
"Bersatu dan Berbati"
"Biah Berkualiti
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL