Tahniah Buat Mahasiswi Pengajian Islam dan Matrikulasi

Barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM 2011 mengucapkan tahniah dan syabas buat mahasiswi Pengajian Islam dan Matrikulasi yang telah berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini.

Setelah hampir dua bulan mahasiswi Pengajian Islam dibelenggu rasa kebimbangan dan keresahan, akhirnya membuahkan hasil daripada apa yang telah diusahakan. Kejayaan yang diperolehi ini merupakan suntikan semangat bagi mahasiswi untuk terus maju dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Bagi mahasiswi Matrikulasi pula, kejayaan yang dicapai merupakan satu semangat baru dalam melangkah ke gerbang yang lebih mencabar sebagai penuntut ilmu. Keazaman yang kuat dan kegigihan yang mantap perlu disemai bagi menghasilkan impak yang cemerlang pada masa akan datang.

Mahasiswi yang masih lagi tidak diberikan peluang untuk melangkah setapak ke hadapan haruslah meneruskan usaha dengan lebih gigih disertai tawakkal yang tinggi kepada Allah subhanahuwataala. Perlu diingatkan bahawa, setiap musibah atau ujian yang ditimpa mempunyai hikmah disebaliknya. Tanamlah semangat yang baru dalam menempuh hari-hari mendatang serta sentiasa suburkan niat yang ikhlas di hati.

Barisan kepimpinan HEWI PMRAM merasa bangga atas kejayaan yang dicapai ini seterusnya menunjukkan bahawa prestasi akademik bagi mahasiswi al-Azhar semakin meningkat dari masa ke semasa. Semoga kejayaan ini dapat di pertahankan dan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Siiru ala barakatillah…..



SHAZAZIERRA BINTI SHARIF
Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
HEWI PMRAM 2011

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL