Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 akan diadakan pada 22 September 2011 bersamaan hari Khamis bertempat di dewan Soleh Al-Masri..Pendaftaran bermula jam 6-7 pagi.
Proses pembuangan undi juga akan berlangsung pada hari tersebut bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. Jangan lupa, tunaikan kewajipan anda sebagai ahli BKPPPM...
KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasulullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang Islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya. Di antara objektif utama kita menghayati sirah Rasulullah boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Memahami syakhsiah (keperibadian) Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya. Dengan menghayati syakhsiah dan kehidupan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja pintar di kalangan kaumnya bahkan telah di bantu oleh bantuan wahyu yang telah diturunk...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله واصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد... Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya kerana masih memberikan keizinan untuk merasai nikmat yang paling terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalanNya yang benar. Posting kali ini kita membicarakan tentang amalan duniawi dan amalan ukhrawi, sebelum itu mari kita meneliti apa yang dimaksudkan dengan amalan duniawi dan amalan ukhrawi? Amalan duniawi merupakan amalan atau pekerjaan yang dilakukan hanya semata-mata kerana keduniaan dan untuk kepentingan diri sendiri,manakala amalan ukhr...
( قال رجل للنبي - صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أترك ناقتي وأتوكل أو أعقلها وأتوكل؟ قال: بل اعقلها وتوكل " ( رواه الترمذي " Ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kenderaanku (unta) lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal? lalu Rasulullah SAW menjawab, ikatlah kenderaanmu lalu bertawakallah. [HR TIRMIDZI] Tawakal secara ringkasnya adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT disertakan dengan usaha dan ikhtiar manakala Tawakul adalah makna disebaliknya iaitu hanya berharap semata-mata kepada Allah SWT tanpa ada usaha seolah-olah menunggu nasi dipinggan masuk ke dalam mulut tanpa disuap. Orang-orang yang beriman perlu menyandarkan dirinya kepada Allah SWT dalam setiap apa jua urusan tetapi perlu seiring dengan usaha dan ikhtiar. Konsep doa, usaha, ikhtiar dan tawakal secara ringkasnya disebut (D.U.I.T) boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Sedangkan Nabi SAW juga ada usa...
Comments