Pendaftaran Kutub Sittah Siri 3 Kini Dibuka

KAHERAH, 21 Sept - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),sekali lagi menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah untuk siri yang ke-3 dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan.Majlis yang bakal diadakan pada Oktober ini.

Pendaftaran untuk penyertaan telah dibuka pada 21hb September 2011 dan akan berakhir pada 18hb Oktober 2011.Sebarang pendaftaran boleh dibuat melalui jawatankuasa pendaftaran Saudara Haniful Fuad di bahagian ikhwah, manakala di bahagian akhowat melalui timbalan jawatankuasa pendaftaran Saudari Hisymah Zulfa binti Khalid
Maklumat lanjut berkenaan majlis akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui iklan dan promosi yang dijalankan program.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Timbalan Pengarah 1 Saudara Ahmad Baihaki di talian 0111497568.
PMRAM mengharapkan program ini akan memberi sesuatu yang cukup bermanfaat kepada ahli dan kami juga berharap perjalanan program ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963